Inilah akibat,. membiarkan Umno
hidup senang dalam kebutaan!
“Saya dizalimkan, dianiaya, dan
diaibkan” kata Shahrizat semasa memberi keterangan di
mahkamah. Maksudnya sudah tentu ditujukan kepada pemimpin PKR Saudara Rafizi
Ramli dan Zuraidah Kamarudin yang mengenengahkan isu projek lembu
suaminya.(NFC).
Namun
haklikatnya Shahrizat dan keluarganya lah yang lebih zalim, bukan Rafizi
mahupun Zuraidah ! Sedarkah Shahrizat
yang mereka telah menzalimi rakyat dalam senyap-senyap? Kenapa wang peruntukan
kerajaan untuk projek lembu berjumlah RM250 juta itu diselewengkan? Bukankah
itu wang rakyat? Tidakkah perbuatan itu sama dengan merompak?
Shahrizat
tak perlulah berdolak-dalik menegakkan benang basah! sehingga sanggup menyatakan dirinya tak tahu
menahu yang suaminya ada membida projek ternakan lembu tersebut! Alasan dan penafian Shahrizat langsung tak masuk akal dan
melucukan. Masakan tinggal sebumbung, tidur sebilik, sekatil, sekelambu, satu
selimut dan satu bantal,.. senang-senang beliau kata tak tahu suaminya ada
projek lembu?. Kalau lembu-lembunya turut berada dimahkamah sudah tentu mereka
akan senyum kambing,.. oop !!
maaf, senyum lembu !
Andainya wang
RM250 juta tidak diberi kepada keluarga Shahrizat apa manafaat lain yang boleh
dibuat? Sudah tentu banyak kebaikan dapat dilakukan,.. Contoh,..beratus
keluarga miskin atau anak yatim boleh menikmati hidup yang lebih baik jika
sekiranya wang sebanyak itu diberikan
kepada mereka ! Nak salahkan siapa? Nasi dah jadi bubur ! Inilah
akibatnya kalau membiarkan pemimpin Umno hidup senang dalam kebutaan
Oleh :
rahimothman
dia tak tau keluarga dia beli kondo kat singapura?
BalasPadampelik-pelik