Isnin, 20 Ogos 2012

Umno pernah fitnah Ku Li untuk menang PRU !


Dalam keadaan yang amat tertekan dan terdesak hari ini, Umno telah mengguna berbagai cara dan tektik untuk menawan semula sokongan orang melayu, namun usaha mereka tidak berhasil malah disambut dengan dingin dan rasa menyampah oleh sebahagian besar orang Melayu.
 
Semuanya disebabkan orang Melayu semakin faham dan cerdik, apabila media alternatif – internet telah memaparkan seribu satu macam penyelewengan, rasuah dan penipuan pemimpin UmnoBn

Zaman rakyat Malaysia dibelenggu kerajaan British sudah berlalu dan menjadi kenangan!. Usia  kemerdekaan atau usia UmnoBn mencengkam kuasa pula sudah mencapai lebih 50 tahun dan rahsia mengapa UmnoBn boleh mengekalkan kuasa setiap kali Pilihanraya juga sudah terbongkar !  Antaranya,.  penipuan dalam daftar pemilih, mewujudkan pengundi hantu, mengubah suai kawasan pilihanraya dan banyak lagi.

Peristiwa fitnah dan pemecatan DS Anwar Ibrahim tahun 1998 yang dirancang oleh mantan PM Tun Dr Mahathir,. rupa-rupa membawa seribu hikmah untuk rakyat Malaysia!  Sejak peristiwa itu segala-galanya telah berubah, bermula dengan kebangkitan gelombang semangat REFOMASI dan penubuhan parti perbagai kaum – Parti Keadilan Rakyat yang ketuai Datin Sri Wan Azizah.  Hari ini orang Melayu sudah serik untuk percaya dengan janji-janji lunak pemimpin Umno!  Mereka sudah cukup meluat  dengan berita dan cerita-cerita yang dibawa oleh media penipu milik Umno, yakni Utusan, berita Harian RTM dan TV3. Cukuplah 50 tahun rakyat ditipu.

Sejarah silam – Era APU sebelum PKR :   Di era lapan puluhan dulu, Tengku Razaliegh Hamzah pernah mengetuai gabungan parti pembangkang   Angkatan Perpaduan Ummah / APU!.  Kekuatan APU walaupun tidak sehebat Pakatan Rakyat hari ini ia tetap membimbangkan UmnoBn.  Tentu kita masih ingat,. peristiwa dua tiga hari sebelum PRU 1990,  dimana  Umno telah membuat fitnah besar kepada Tengku Razaliegh dan APU.  Gambar palsu Tengku Razali memakai  tengkolok berlambangkan salib telah disiar oleh seluruh media milik Umno.  Ku Li kononnya telah diresapi semangat kristian ! dan bersubahat dengan pemimpin keristian dari Sabah untuk menegakkan kristian sebagai agama resmi di Malaysia menggantikan Islam.  Pemimpin APU  tidak berkeupayaan untuk membuat penafian kerana kesuntuklan masa dan sememang dasar akhbar arus perdana tidak memberi ruang dan peluang kepada pembangkang !  Oleh kerana zaman itu belum ada kemudahan internet sebagai media alternatif, maka sebahagian besar rakyat percaya dengan penipuan yang dibuat oleh UmnoBn.  Akhirnya UmnoBn menang dalam PRU,.. menang dengan cara menipu dan memfitnah!!


Di akhir hayat ini,  Umno mencuba lagi taktik lama yang dikitar semula :                        
Para pemimpin UMNO sangat sedar,.orang Melayu semakin meminggirkan Umno. Kaum bukan Melayu pula memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim. TG Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang.   UmnoBn cukup gusar bagaikan anak kecil kembong perut yang tak boleh tidur malam.  Andainya mereka tewas kali ini,  sudah pasti seribu satu macam penyelewengan dan rasuah yang mereka buat selama ini akan terbongkar. Maka mahu tak mahu pilihan yang ada buat Umno ialah menggunakan tektik lama yang dikitar semula,  iaitu isu agama !

Maka para pemimpin Umno pun berhujjahlah kehulu kehilir memberitahu rakyat bahawa agama Islam akan berkubur tak lama lagi. Media arus perdana pro Umno tak habis-habis menyiarkan cerita karut ini agar orang Melayu akan marah kepada DAP dan kaum Cina umumnya.  Gendang perang diketuk ke seluruh Negara kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Persekutuan. Pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP akan menobatkan kristian sebagai agama rasmi Negara. Satu perkara yang langsung tak masuk akal,. kerana untuk mengubah sesuatu dasar atau perlembagaan ia memerlukan persetujuan sekurang-kurang 2/3 ahli parlimen. Sedangkan Ahli Parlimen DAP yang ada tak sampai pun 1/3 !   

Mana mungkin cerita bodoh itu boleh terjadi ! Tidak lojik langsung DAP boleh mengubah perlembagaan Negara dengan  sewenang-wenangnya,.. melainkan semua pemimpin PAS dan PKR sudah dipukau oleh DAP !!!  Duhai seluruh rakyat yang semakin matang dan bijak !   Sedarlah!  Umno takkan berhenti membuat kerja tipu dan fitnah, walaupun terpaksa menggadai agama Allah yang maha suci – Islam !!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan