Sudah sebaris dengan Amy
Searh, Awi dan AC Mizal?
Satu ketika dulu Akhil Hayy begitu
glamour dan terkenal dengan dunia kumpulan rocknya, Semua itu kisah dulu ! dan sudah berlalu. Kini beliau sudah bertukar menjadi seorang pendakwah bebas.
Baru-baru ini beliau ada menyatakan rasa
gusar atau susah hatinya terhadap fenomena
artis menyatakan diri mereka mahu berhijrah dan memilih PAS sebagai
wadah perjuangan? Bob Lokman, Aishah, Sham Kamikaze, Abby dan lain-lain sebagai contoh. Agak
menghairankan kenapa beliau mempersoalkan fenomena ini, sedangkan beliau sendiri pun pernah
berceramah dipentas PAS satu ketika dulu..
Walaupun Akhil Hayy nampak hebat
sekarang ni, tetapi adalah tidak kena
dan tidak wajar beliau menyatakan rasa tidak bersetujunya terhadap tindakan
artis-artis berhijrah ini. Kita yang bukan ulamak ini pun tahu menilai! Rasanya tak salah kalau artis menyatakan keinsafan
dan bersedia untuk berubah disamping menyeru orang lain mengambil pengajaran
dari kisah lalunya!
Menurut Akhil Hayy lagi beliau tidak
bersetuju artis yang baru berhijrah ini bercakap soal agama, melainkan setelah
mendalami Islam terlebih dahulu. Duhai Ustaz Akhil Hayy ! Nak mengajak orang ramai kearah kebaikan dan
bercakap hal-hal ringan mengenai agama, takkan lah sampai memerlukan diploma
atau atau ijazah, atau tamat pengajian
pondok kut? Ustaz orang berilmu,.
Janganlah sempitkan pemikiran ustaz!!
Perkara kedua,.yang ustaz Akhil Hayy
khuatir ialah,..takut artis tersebut diperalatkan oleh parti politik ! Parti politik mana yang Akhil maksudkan?.
Bukankah beliau sendiri pernah berceramah di pentas PAS di awal kebangkitan
semangat REFOMASI dulu? Apakah Ustaz ada pengalaman pahit semasa berceramah di
pentas PAS?
Berbalik kepada isu artis mahu berhijrah ! Kita pernah mendengar alim ulamak ada berkata
"sampaikanlah
ilmu walaupun sepatah ayat".
Apakah Akhil Hayy dah lupa kalimah
ini yang beliau sendiri pernah menyebutnya? Sepatutnya perubahan atau
penghijrahan artis-artis dari hidup ala-ala jahiliah kepada kehidupan Islam
sebenar disokong sepenuhnya! Bukan
dipertikai atau diperlekeh !! Memang banyak
kebaikannya bila artis bercerita pengalaman buruk mereka yang lalu dan
menyatakan keinginan untuk berubah.
Semoga orang lain akan mengambil pengajaran darinya,.. salahkah? Lagi pun mereka bukan bercakap
tentang hukum hakam secara lebih dalam. Mereka pun tahu belum ada kelayakan.
Justeru Akhil Hayy tak perlu resah atau bimbang dengan kemasukan artis kedalam parti
politik terutamanya parti PAS.
Tentang siapa peralatkan siapa, itu
tak perlu dipersoalkan,. kerana sudah menjadi lumrah,…dalam hidup ini, kalau
ada dua atau tiga pihak, sudah tentu
masing-masing saling memerlukan dan saling membantu. Dan bila sudah
berkerjasama tidak timbul lagi soal diperalat atau menjadi alat. Yang penting
matlamat murni yang hendak dicapai dan dan kehidupan sebenar yang dituntut oleh
Islam ! Jadi, Islam dan politik,memang
tak boleh dipisahkan. Kedua-duanya
saling memerlukan ! Dan jika ada ramai
lagi artis beragama Islam yang ingin berpolitik berlandaskan Islam dan berjuang
untuk menegakkan Islam, amatlah dialu-alukan.
Akhir sekali kita tertanya-tanya,..
dalam arus politik tanah air hari ini dimana kedudukan Uztaz Akhil Hayy? Apakah
beliau sudah berada sebaris dengan Amy Search?, Awi? Atau AC Mizal? yang kita
sedia maklum mereka ini adalah penyokong kuat Umno !. Atau adakah beliau telah
dihanyut oleh dunia glamour seperti di zaman rocknya dahulu?.
Oleh : rahimothman
Salam sahabat
BalasPadamhuhuhu leboh orang kg ana ini, haha. Blog enta ana ada link mohon link blog ana disini. Takbir
Salam.. para jemaah cuba tunjukkan kematangan antuma sume.. ingatlah suroh hujurat ayat 6 ( cek sendiri, jgn malas ).. klu dah baca, baru selidiki isu itu dengan matahati.. soheh atau fitnah! Inilah Masalah pendokong islam ni.. cepat benor melatah dan terpengaruh dgn dakyah dari reporter2 yg tak bertanggung jawab!! Ternyata korang dah terperangkap! Pi balek muhasabah diri dulu sebelum buat judgement pada ustaz rock aku ni!!
BalasPadam