“Undi DAP haram dan berdosa !,”..Begitulah kata ulamak
jadian yang tiba-tiba muncul buat kenyataan di Kota Bharu dua tiga hari lepas. Setelah
55 tahun berkuasa baru sekarang nak sebut orang-orang DAP itu Kafir Harbi?
Alasannya kerana mereka tak sokong Hudud? Mereka sememangnya bukan Islam,jadi tak salah
kalau mereka tak sokong hudud ! Tak
sokong tak semesti menentang! tetapi
pemimpin Umno yang mengaku Islam,
terang-terang menentang hudud,..kafir apa pula namanya?
Lebih menarik, kenyataan
ulamak yang terpacul secara tiba-tiba ini disokong oleh imam muda Umno yang tak
perlu diperkenalkan lagi, semua orang
kenal! Imam muda ini pernah menyatakan hasratnya nak membersihkan
Umno dari dalam !! Hey brother !
mampukah lu,.. gua selut lu kalau lu boleh buat ! Selama ni dah ramai yang kecundang,..last-last
mereka memaksa diri menjadi ulamak bisu!.
Kemunculan ulamak segera atau ulamak flip-flop ini bukan mengejutkan Dekat-dekat nak PRU ini dan Umno pula dijangka akan tumbang,. maka macam-macam benda pelik akan berlaku !! Jangan terkejut empat lima ekor lagi ulamak segera ciptaan Umno boleh muncul selepas ini !
Kemunculan ulamak segera atau ulamak flip-flop ini bukan mengejutkan Dekat-dekat nak PRU ini dan Umno pula dijangka akan tumbang,. maka macam-macam benda pelik akan berlaku !! Jangan terkejut empat lima ekor lagi ulamak segera ciptaan Umno boleh muncul selepas ini !
Taatnya ulamak
Umno dengan Umno, macam beruk dengan tuannya ! Antara ulamak kotai yang
amat setia dengan Umno,.. ini dia,. Datuk Harussani (Mufti Perak). Semangat keMelayuannya
dasyat. Semangat Umnonya cukup tebal! Sampai
bila dia dan rakan-rakan sewaktu dengannya mahu bertuankan Umno parti warisan
penjajah yang cukup menafik itu? Wallahhu’alam ! Mereka
ini seolah-olah percaya, hanya Umnolah yang maha kaya, maha berkuasa dan maha
pemberi rezeki !! Tidak ada parti lain
yang mampu!, melainkan Umno!!!
Dan akhirnya mereka dengan sengaja meletakkan perjuangan
untuk Umno ditangga nombor satu, perjuangan untuk bangsa nombor dua dan untuk
agama jatuh nombor tiga. Sebagai contoh, perjuangan untuk agama mereka
letak ditempat paling akhir ialah,.. apabila pemimpin MCA mempersenda agama
Islam, mereka diam,.. apabila puak-puak ini sekali menghina hukum hudud, mereka
diam !! Bukankah ini ciri-ciri ulamak
bisu?
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan