Jumaat, 3 Ogos 2012

Antara kemaruk PR dan tamaknya Umno.

Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali  mendakwa, tindakan Pakatan Rakyat mahu menukar tema hari kebangsaan (“Janji ditepati”) adalah perbuatan mengada-ngada, dan sekali gus menggambarkan Pakatan Rakyat begitu kemaruk nak memerintah Negara ini !,…katanya.  

Duhai, Tuan Syed!  Kemaruk atau tidak,  itu bukan persoalan!  Yang jadi persoalan ialah sikap Tamak tahap melampau pemimpin Umno! Tak cukupkah 54 tahun,  kezaliman, penipuan dan ketidakadilan yang kalian lakukan kepada rakyat?  Rakyat sudah bosan,  mereka sedar sekian lama mereka diperbodoh dan diperalat oleh Umno ! 

Lagi satu,.. cukup-cukuplah kalian menganggap negara ini milik Umno !!   Berhentilah membuat kenyataan “hanya Umno yang layak dan berhak memerintah”  , Buanglah sikap tamak haloba itu !  Jangan lagi ada niat nak perintah Malaysia seumur hidup !!!  
 
Berbalik kepada tuduhan kemaruk tuan Syed.   Memang benar PR kemaruk nak memerintah !,  dan harus diakui rakyat juga kemaruk untuk menikmati perubahan yang mahu dibawa oleh Pakatan Rakyat !  Dalam hal ini sikap kemaruk PR sudah menjadi sangat wajar dan relevan? Jadi antara kemaruk PR dan tamak nya BN, siapa yang rakyat harus pilih?  Sudah tentu PR yang terbukti telah banyak membuat perubahan,.. lihat saja Selangor dan Pulau Pinang Kedah dan Kelantan! 

Untuk renungan kembali  :  Kerajaan BN hari ini sudah hampir 55 tahun memerintah !  dan keputusan PRU ke-12 yang lalu BN hilang 5 negeri dan hilang majority dua pertiga.  Ini jelas menunjukkan yang rakyat memang tak mahu lagi dengan BN/Umno.  Mood rakyat akhir-akhir ini pula semakin menunjukkan kebencian yang melampau kepada BN. Cuma yang jadi masaalah ialah sikap keras kepala dan tidak jujurnya BN pada diri sendiri dan pada rakyat!. Mereka seolah-olah tidak mahu mengakui bahawa Allah lebih berkuasa dari mereka!!    

Dan tentang tema hari kemerdekaan !  Terang-terang “Janji Ditepati”  tiada kaitan langsung dengan semangat kemerdekaan dan  semangat patriotik,..jika dibanding dengan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".   Jadi kenyataan protes atau  melenting yang ditunjukkan oleh pemimpin PERKASA ini  jelas memperlihatkan kedunguan mereka!  Dan slogan janji ditepati tak lebih dari mengambarkan BN mahu “masuk bakul angkat sendiri!!.  Mereka minta dipuji! dan minta disokong lagi.  Sungguh menghairankan !   Sejak bila sambutan hari kemerdekaan bertukar menjadi sambutan parti UmnoBn?

Oleh : rahimothman

1 ulasan: