Dalam pertandingan akhir badminton Olimpik semalam Dato’ Lee Chong Wei tertewas kepada pemain China Lin Dan dalam permainan tiga set. Selepas Chong Wei menang set pertama kita merasakan seolah-olah Chong Wei boleh menjuarai badminton perseorangan Olimpik kali ini,.. tapi apa kan daya !!.
Apakah Chong Wei terganggu dengan kehadiran badak air
yang pernah membuatnya lemas dan fobia
satu ketika dulu. Mungkinkah bau masam-masam kelat yang mencucuk hidung itu tiba-tiba
menghantuinya ! Kalau tidak tak kan
prestasi Chong Wei merudum di set kedua!
Seperti yang kita harap, Chong Wei tetap
bangkit di set penentuan, dan beliau hampir-hampir memenanginya, namun akhirnya terpaksa akur juga,.. kalah dengan mata 19-21. Mungkin nasib tidak menyebelahinya !! Apa-apa, syabas juga buat Chong Wei
kerana telah mengekalkan pingat perak dan menjadikannya pingat pertama untuk Malaysia
dalam sukan Olimpik kali ini.
Oleh : rahimothman
eloklah pun kalah... kalau menang runtuh langit dek publisiti oleh puak2 pemimpin2 laknatullah tu nanti... sampai naik meluat kita tengok dia punya gebang macam lah pingat tu boleh selesaikan masalah dan kebejatan yg berlaku dlm negara.. setakat menang nak bermegah dapat apa... rakyat susah jugak, harga barang mahal jugak, RASUAH berlambak jugak, penyelewengan banyak jugak... tak da faedahpun setakat menang pingat tu... kalau boleh jual dan naikkan ekonomi negara tak palah jugak... ni terbalik kalau menang duit rakyat jugak yg kena kebas sebab nak bagi insentif itu dan ini... walhal masa berlatih dag berjuta duit rakyat habih... bermewah2 dgn makanan yg berkualiti, ubat2tan yg berkualiti bayar jurulatih dan macam2 lagi kemudahan... patutnya bila kalah bayarlah balik duit rakyat tu macam pelajar2 kena bayar duit PTPTN tu... baru adil dan ada akauntabiliti...
BalasPadamsetuju dan takut2 lcw sesak nafas digomol olih rosmah!!!
Padam