Tidak salah kalau Utusan Malaysia dicop sebagai akhbar
perkauman no.1 di Malaysia. Dengan harapan Umno akan dapat mengekalkan kuasa,
maka orang Melayu sering diapi-apikan supaya membenci orang Cina atau
sebaliknya.
Tidak cukup dengan title akhbar perkauman, Utusan
Malaysia seolah-olah berbangga dengan gelaran akhbar penipu no.1 di Malaysia.
Banyak cerita yang dipaparkan dalam akhbar ini sarat dengan dengan fitnah.
Mereka sanggup memungut berita-berita sampah ditepi jalan untuk dijadikan bahan
pemberitaan mereka.
Tindak-tanduk akhbar ini memang sudah melampau! Semakin
kerap mereka didenda oleh mahkamah kerana kesalahan memfitnah atau menyebar
cerita tidak benar, semakin kerap pula mereka
melakukan kesalahan yang sama. Denda sehingga ratusan ribu ringgit nampaknya
tak jadi hal buat mereka ! .
Terbaru,.. Abby Abadi bekas penyanyi dan pelakun yang
baru-baru ini menyertai PAS, bercadang menyaman Utusan Malaysia kerana
mengada-ngadakan cerita tidak benar(fitnah) tentang dirinya. Ha! ha!
Saman Abby, saman, jangan tak saman. Utusan seolah–olah mempelawa anda berbuat
demikian! Mungkin mereka ada terlalu banyak
wang hinggakan tak tahu nak dicampakkan kemana!! Mungkin ini cara mereka bersedekah !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan