Khamis, 2 Ogos 2012

Bila UMNOBN + PDRM berpakat, inilah jadinya,..


Berat  sebelah  berlaku,  keadilan hilang,  kezaliman muncul !! 
 
 “1Malaysia”,  “Rakyat didahulukan”,  “Janji ditepati”  dan entah apa-apa lagi,..  namun semua slogan ciptaan Najib mahupun Rais Yatim itu  tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat Malaysia,… Makna sebenar disebalik slogan langsung tak ada! Slogan dicipta hanya untuk sedap diucap, enak didengar,..  hakikatnya rakyat juga yang tertipu !!

Perasan tak kita?  Kerajaan UmnoBn pimpinan Najib langsung tak berani menggunakan perkataan  KEADILAN untuk kemungkinan dijadikan satu lagi slogan yang berbunyi  “Keadilan untuk rakyat” atau “Keadilan untuk semua   Kenapa ya??  Kerana adanya sebuah parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat (PKR).  Maka dengan itu perkataan keadilan telah menjadi musuh kepada Najib,.. musuh kepada UmnoBn !!  dan sampai kiamat pun Najib tak kan guna perkataan keadilan dalam ucapan atau slogannya.

Sama ada Najib sedar atau tidak, banyak perkara yang dilakukan oleh beliau dan kerajaan BN tidak menampakkan keadilan !  Yang nampak ketara ialah sikap tidak jujur dan berat sebelah,.. contoh, ada projek serah pada kroni,  nak menang pilihanraya,..tipu senarai pengundi,   hutang kroni, UmnoBn selesaikan,  hutang mahasiswa, Najib kejar sampai kelubang cacing !   pendatang asing diberi kerakyatan,  rakyat sendiri ada yang tak dapat IC !  

Dan yang terbaru,. rakyat biasa yang ditahan polis – kena gari,.  Pegawai polis yang terang-terang membelasah orang awam – tidak digari, cuma pegang tangan. Begitu juga dengan seorang Dato’  suami kepada seorang menteri,..jelas telah didakwa,  tetapi polis,  nak dekat dengan dia pun takut,  usah kata nak gari !!  DIMANA KEADILAN???

Oleh : rahimothman




2 ulasan:

  1. begitu la 1malaysia najib/rosmah united lembu/b-end..semua sistem pentadbiran dah jadi hak peribadi?hanya tukar kerajaan saja bolih betulkan keadaan ini!!!!!!

    BalasPadam
  2. Setujuuuu!!!! Semoga najib piem terakhir bn....mamak tu lah pelopor kerosakan sistem di malaysia ni...kasi hancur ini bn....!!!!!

    BalasPadam