Sabtu, 11 Ogos 2012
Najib,.cakap lain, buat lain!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat di SMK Bongawan II, Kimanis Kota Kinabalu semalam berkata, “Pemimpin yang ikhlas dan setia harus menjadi pilihan rakyat sepertimana di bawah prinsip dalam agama Islam dan sunnah Rasulullah”.
Merayu dan melalaklah Najib ! Sesungguhnya rakyat dah tak ada pilihan lagi,.. semua pemimpin UmnoBn tidak ikhlas,. perjuangan mereka kerana ada kepentingan peribadi, kerana ada habuan, ada projek!. Kalau ada pun kesetiaan pemimpin mereka kepada parti, ia semata-mata kerana nak jaga hati pemimpin yang telah memberi mereka sesuatu, tak lebih dari itu.
Kata Najib lagi “pemerintahan UmnoBn sentiasa di bawah prinsip Islam dan sunnah Rasulullah”. Jangan bohonglah Najib! Kalau benar, ikut Islam dan Sunnah dah lama pemimpin PAS masuk Umno dan bubarkan parti PAS. Hairan teman!, dalam bulan puasa ni menjadi-jadi pulak orang tua ni berbohong !
"Rasulullah sudah bagi landasan nak pilih atau lantik seseorang, jangan gila jawatan... jangan duk beria sangat.. .kalau mahu sesuatu pun, tidak boleh ikut hawa nafsu dan perasaan," katanya.
Memang Rasulullah dah bagi landasan, Quran bagi panduan, tetapi masaalah orang Umno tak pernah mahu ikut. “Kalau mahukan sesuatu jangan ikut nafsu dan perasaan” kata Najib. Sanggup terlibat dengan pembunuhan Altantuya itu tidak ikut nafsukah? Beri projek kepada keluarga dan kroni itu bukan ikut nafsukah? Mahu untung besar melalui jalan gelap dalam kes pembelian kapal selam itu bukan nafsukah?
Menurut Najib lagi,.. beliau masih ingat pesanan allahyarham bapanya Tun Abdul Razak,.. iaitu "Kalau hendak jadi seorang pemimpin dan nak kepimpinan diberkati Allah, disenangi dan diterima rakyat, kita mesti seorang pemimpin jujur dan ikhlas".
Jujur dan ikhlaskah Najib selama ini? Najib tak perlu mengaku dia memiliki sifat-sifat itu. Di zaman IT dan dasar langit terbuka ini rakyat semakin celik dan cerdik. Sudah terbukti kalau ikan busuk di kepala, maka seluruh badan dan ekornya akan ikut sama busuk !!!
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan