Antara kerenah Hasan Ali, Nasha dan ketegasan Karpal !
Dr Hasan Ali pernah menyalak menyatakan
ketidaksetujuannya dengan beberapa dasar PAS,
begitu juga Ustaz Nasharuddin Mat Isa bekas Timbalan Presiden PAS yang baru-baru ini
membantah dasar PAS yang telah dipersetujui bersama dalam Majlis Syura
berhubung kesepakatan bersama Pakatan Rakyat.
Karpal Singh pula digembar-gemburkan kononnya beliau tidak sekata dengan DAP. Sebenarnya penentangan Karpal dalam isu hudud
bukanlah merupakan pendirian DAP, ia
mungkin bersifat peribadi. Namun apa yang jelas, alasan yang beliau berikan ada lojiknya !
Menurut beliau negara Malaysia ketika ini adalah sebuah negara Negara sekular,,,,
system, undang-undang dan perlembagaannya juga sekular! Maka secara prinsipnya
Malaysia belum boleh membenarkan hukum hudud dilaksanakan dinegara ini!. Ada
juga kebenaran kata pakar undang-undang ini dan sewajarnya kita
renung-renungkan !
Kesian juga dengan nasib si Karpal Singh. Selama ini beliau kerap benar dituduh sebagai
seorang yang anti Islam, musuh Islam dan sebagainya, namun sebenarnya belum pernah pun kita
mendengar Karpal Singh mendakwa atau
mengistiharkan dirinya anti Islam. Ia
hanya tuduhan rambang yang berniat jahat,
sebab itu baru-baru ini beliau terpaksa mengambil tindakan mahkamah
terhadap Ustaz Nasha yang menuduhnya anti Islam. Memang tidak adil kalau kita
menuduh tanpa bukti kukuh! Kita lihat
nanti siapa yang menang!
Umat Islam terutamanya orang-orang Melayu
seharusnya sedar bahawa Allah menjadikan manusia ini berbagai bangsa dan agama,
semoga dengannya mereka boleh berkenal-kenalan, bersangka baik dan hidup
harmoni. Menuduh sesama rakyat Malaysia
sebagai anti Islam, anti Buddha, anti Hindu mahupun Kristian amatlah tidak
wajar! Dalam Qur’an pun dah sebut, musuh Islam ialah Yahudi, bukan Karpal ! Rumusannya fahamlah kita bahawa tuduhan yang dibuat keatas Karpal Singh adalah
melampau, berniat jahat! dan mahu menimbulkan permusuhan kaum!
Oleh : rahimothman
Siannye la pak lebai cacai PR ni sampaikan dah x nampak kebenaran yg tuhan tunjukkan.. masih lg nak membela si keparat karpal Singh ni..
BalasPadam