Jumaat, 10 Ogos 2012

Bom jangka : Umno mahukan ketegangan kaum !!


Umno hari ini benar-benar terdesak, sebab itu tanpa rasa malu dan bersalah mereka  sanggup membuat apa saja !  Menyemarakkan api perkauman sudah menjadi perkara biasa ,  memperalatkan Utusan Malaysia untuk menggempur  Pakatan Rakyat menjadi satu kemestian.

Maka tiap-tiap harilah akhbar menghidangkan tajuk-tajuk panas yang diharap boleh menaikkan kemarahan orang Melayu,. tetapi hakikatnya ia disambut dingin, kerana orang Melayu, bahkan orang Cina juga sudah semakin bijak!  

Politik kuno seperti yang diamal oleh Umno tidak lagi digemari oleh rakyat Malaysia.   Mereka sedia maklum,.. Utusan sengaja menimbulkan rasa marah orang Melayu kepada orang Cina. Begitu juga sebaliknya,.. orang Cina diharap akan marah kepada orang Melayu.  Begitulah bodohnya pemimpin Umno !  Mereka membodohkan diri sendiri serta sanggup diperbodohkan.. Apa-apa pun yang pasti,  bom  jangka  buatan Umno tetap tidak akan meletup !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan