Sumber : Reformis Anak Muda
Tun Dr Mahathir yang sudah hampir mencecah umur 90 tahun
ini, sudah menjadi liabiliti bagaikan ‘biawak hidup’ kepada Umno Barisan
Nasional.
Berbagai kenyataan akhir-akhir ini sudah nampak betapa
terdesaknya melindungi diri beliau daripada sebarang kejayaan Pakatan Rakyat
menguasai kerajaan
persekutuan dalam pilihanraya nanti.
Akibat
betapa tersepitnya Najib Razak dengan situasi meruncing di Sabah, beliau
terpaksa menubuhkan Suruhanjaya untuk isu Pendatang Tanpa Izin. Ini
menyebabkan Mahathir yang semakin tertekan dengan ‘Tikaman dari belakang’ Najib
telah tersembur kenyataan yang semakin membelit….
Walaupun
dengan penubuhan Suruhanjaya isu Pendatang itu sebenarnya akan membongkar
keburukan dan kebusukan UmnoBn serta Mahathir... tetapi Najib terpaksa lakukan
demi menyelamatkan diri sendiri terutamanya sokongan di Sabah yang semakin
merosot akibat isu Pendatang ini ditangani dengan lemah…. Tetapi, keburukan
rahsia Mahathir akan terbongkar semasa inkuiri nanti…
Mahathir sembur kenyataan yang lebih membelit
Rakyat “kecewa” Tun Mahathir
memanggil Najib ‘Syaitan’.
"Lebih baik menyokong syaitan
yang anda tahu daripada menyokong malaikat yang anda tidak kenali," kata
Mahathir.
Itulah kenyataan Mahathir semalam
yang menyeru supaya sokongan terus diberi kepada BN dan bukannya kepada Pakatan
Rakyat yang dipimpin ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau
bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati
hasrat rakyat.
Dalam kenyataan itu, Mahathir
mengungkapkan BN sebagai "syaitan yang dikenali" dan Pakatan Rakyat
pula sebagai "malaikat yang tidak dikenali". Mahathir hanya mahu kerajaan sedia ada terus
kekal berkuasa dengan cara autoritarian seorang diktator. Itulah cerminan gaya biasa seorang diktator
yang tidak lagi berkuasa, walaupun rakan dipijak…
Kasihan Najib…
Ada betulnya apa yang dinyatakan oleh bekas pemimpin rakyat itu, cuma mungkin ayat yang digunakan oleh beliau agak kurang sesuai bagi kita yang mendengar. Mengapa tidak kita bersatu padu dalam hal ini, agar kaum lain tidak melihat perpecahan yang ketara dalam kelompok kita bangsa melayu...
BalasPadam