Tahniah dan Syabas kepada Abby Abadi kerana berani
menyatakan kebenaran dan berani meluahkan apa yang diyakini dalam hati. Dan anda perlu ingat !! Selagi kita bergelar
keturunan Adam selagi itulah kita dihambat oleh hasutan syaitan! Syaitan benar atau syaitan berwajah manusia
akan sentiasa mengganggu kita dari setiap sudut dan masa!
Sebagai muslim sejati Abby kenalah sabar, kuatkan
semangat, kukuhkan iman serta tingkatkan ketaqwaan kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar dan taqwa! Tahniah sekali lagi kerana anda telah diberi
hidayah oleh Allah untuk mengikuti jalan yang benar lagi lurus! Berhubung penyertaan anda kedalam parti Islam
PAS, itu memang dah kena dan tepat pada
masanya! Anda tak perlu meraguinya.. Untuk
berjuang dalam mana-mana parti politik,
itu adalah hak anda!, hak kita
yang dijamin oleh perlembagaan.
Abby,! Andainya anda berasa hati atau tersinggung dengan komen, sindiran,tohmahan atau fitnah oleh sesetengah pihak atau individu, buanglah perasaan itu jauh-jauh. Kerana apa?,. kerana semua itu datangnya dari spesis Umno atau gulungan yang sewaktu dengannya! Mereka ini sememangnya berhati busuk, sesat lagi menyesatkan!!
Sebagai rujukan dan renungan,..Lihatlah tokoh-tokoh ini ! Tuan Guru Nik Aziz, DS Anwar Ibrahim dan beberapa tokoh lain. Mereka ini sepuluh kali lebih berat tohmahan dan fitnah yang diterima. Lihat juga Junjungan besar Nabi kita,. Ancaman, cabaran dan fitnah yang baginda terima semasa menyebarkan Islam seribu kali lebih dahsyat !!. Yakinlah, bahawa Allah sentiasa bersama kita selagi kita sentiasa mengingatinya!!.
Oleh : rahimothman
Setuju....kuatkn semangat, tabahkan hati abby...anda tidak keseorangan....aisyah ada, catriona ross ada...semoga anda dan rakan2 jadi perintis jalan utk rakan artis yg lain...
BalasPadam