Demi untuk menyelamatkan Najib dari terlondeh atau lembik lutut di atas pentas debat terbuka yang dicadangkan, maka bersuaralah beberapa kerat pencacai Umno seperti di bawah ini. Rupa-rupanya buah fikiran mereka amat dangkal sekali, bertaraf hingusan!, low class ! macam hampasss !! Kita perhatikan apa kata mereka,….
KATA SHABBERY CHIK -------
Debat berkenaan sepatutnya bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Anwar saja, tetapi juga perlu pertimbangan orang ramai termasuk Najib sendiri. "Debat mesti dipertimbangkan dua pihak atas isu yang dianggap mempunyai kepentingan umum,.. misalnya seperti isu video seks,…
MasyaAllah tak habis-habis dengan video seks kisah jijik yang dah lapok dan tak laku itu. Membincangkan perancangan masa depan Negara kamu kata itu bukan kepentingan umum? Kenapa biul sangat ni? Kemudian kamu kata kena timbang dulu? Apa timbang-timbang? Rakyat dah lama timbang ! Cuma Najib saja yang belum timbang sebab takut. Pengalaman kamu berdebat dengan Nuar dulu macammana? Tentu menyiksakan !!

KATA EZAM MD NOR -------
Menurut Ezam debat Anwar Najib bertujuan menghina institusi Perdana Menteri di negara ini. Tidak wajar sama sekali seorang seperti Anwar disaran berdebat dengan seorang Perdana Menteri.
Menurut Ezam lagi,..'Anwar wajib jawab atau saman dakwaan serius tiga individu tentang aktiviti liwat, pelacuran dan skandal isteri orang sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri,
Menurut Ezam lagi,..'Anwar wajib jawab atau saman dakwaan serius tiga individu tentang aktiviti liwat, pelacuran dan skandal isteri orang sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri,
Ini sorang lagi ! masih nak menjaja kisah liwat yang tak wujud tu !. Kamu kata jika Anwar berdebat dengan Najib ia satu penghinaan? Hai !! ketua pembangkang berdebat dengan ketua kerajaan itu satu penghinaan? Bukankah mereka setaraf? Kamu tuduh Anwar hina !, tapi bila pulak Najib dapat darjat mulia? Diri kamu sendiri yang sanggup terjun semula ke dalam tong najis itu mulia sangatkah? Aduhh,. kesiannya Umno,... penuh dengan manusia-manusia bangang !
KATA AHMAD MASLAN -------
* Debat ini tidak sesuai kerana budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini. Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.
Mamat sorang ini agaknya masih duduk bawah tempurung ! buta hal dunia ! Tak tahu ke debat sudah pun menjadi kelaziman di sekolah mahupun di university. Ada piala rebutan lagi !,.”Piala Perdana Menteri” Kamu lupa ke Shabery Chik sendiri pernah berdebat dengan DS Anwar sampai berbuih air liurnya? Lagi satu, kamu kata debat tak boleh buat di Malaysia kerana rakyatnya berbilang kaum ! Alahai, biul sangat kamu ni ya? Apa kena mengenanya debat dengan berbilang kaum? Orang putih, orang hitam orang kelabu ! siapa pun boleh berdebat ! Majlis debat bukan tempat bertumbuk atau mengutuk sesama kaum, tetapi sebagai tempat mengeluarkan hujjah secara sihat !! Lagi pun ia laksanakan secara terkawal dan penuh disiplin. Itu pun tak tak faham ke?? Kesian Umno ! ada yang certdik sikit,.. tak berani pula nak bercakap !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan