Ahad, 15 Januari 2012

Cabaran terbaru Anwar,.. bila Najib nak sambut?


Belum pernah kita dengar Najib Tun Razak mempelawa atau mencabar DS Anwar untuk berdebat isu –isu kepentingan awam dan Negara , tetapi sudah banyak kali DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan ketua Umum Parti Keadilan  Rakyat mencabar Perdana Menteri berdebat dengannya.

Anwar bukan main-main tetapi amat serius dengan cabarannya ! Debat ini sangat relevan dan hasilnya sudah pasti  membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara UmnoBN dan Pakatan Rakyat (PR).
 
Hari ini di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 yang berlangsung di Alor Setar,   DS Anwar mengulangi cabarannya kepada PM Najib untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya. Berani kah Najib?  atau kita terus kempunan ,  menunggu hingga kucing bertanduk?

Mari kita renung-renungkan,..

Setiap umat yang Allah jadikan di atas muka bumi ini, Allah bekalkan akal fikiran.  Allah juga menjadikan segala-galanya dalam dunia ini berpasang-pasangan,…. Baik lawannya jahat, senang – susah, bahgia - derita dan sebagainya.  Selagi kita hidup kita dikehendaki memilih ! Mahu tidak mahu kita mesti memilih satu diantara dua yang Allah sediakan.

Sebagai contoh,.. antara syurga neraka,  tentu kita nak pilih syurga,  antara yang cantik dengan yang buruk tentu kita pilih yang cantik !, antara hidup susah dan hidup senang pasti kita mahu pilih hidup senang. Begitu juga antara kerajaan BN dan Pakatan.Rakyat!  sudah tentu masing-masing ada perbezaan! dan rakyat berhak memilih ! 

Kenapa Najib tidak mahu menyambut cabaran Anwar?, kenapa masih bersikap dingin? Jawapannya mudah ! semua orang tahu !  Najib sememangnya gentar!, teramat-amat takut! Kalau berdebat,.. sudah tentu seluar Najib akan terlondeh, dan Umno akan ditelanjangkan !!   Lebih menakutkan Najib ialah kerana akhir-akhir ini kepincangan dan keburukan kerajaan UmnoB semakin banyak didedahkan termasuk yang paling baru isu penyelewengan wang NFC oleh keluarga menteri dan penyelewengan wang zakat seorang menteri yang jaga hal ehwal agama. ..   

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan