Mamat ni lebih sesuai duduk dalam Umno
Mamat yang punya nama Melayu tetapi rupa tak berapa nak Melayu ini dulu bukan main lagi, hebat ! gamat !. Setiap patah perkataannya pasti menikam tepat kebadan UmnoBn, Tindak-tanduknya solid pro refomasi. Dialah hero, dialah menjadi penyokong tegar Pakatan Rakyat.
Itu cerita lama,.. tetapi la ni semangat yang berkobar-kobar dulu dah jadi hangat-hangat taik ayam !! Semangatnya yang segar mekar dulu dah jadi pekasam busuk yang menunggu masa untuk dibuang kelongkang!. . Sifat dan pendiriannya dah banyak berubah, dah terbalik 180 darjah.
Barangkali dia serik menjadi penyokong Pakatan Rakyat kerana tak dapat habuan, perut kempes, wang panas yel lek! Orang semacam ini memang satu kepala dan satu perut dengan Ezam M.Nor, Zulkatak Nordin dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Melalak dan buat kenyataan dari jauh,… macam anjing menyalak bukit !
Dia ni lari meninggalkan Malaysia dengan alasan mengelak dari buruan polis Umno, namun hakikatnya dia senang ditempat orang kerana ada tangan-tangan ghaib yang membantunya. Biarkanlah dia enjoy! bebas dan seronok diperalat oleh Umno, agen Umno atau kuncu-kuncunya. Biarlah dia menjadi gergaji dua mata kalau itu adalah sumber untuk dia terus hidup.
Terbaru,.. dia kondem Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,…. kononnya dalam kerajaan Selangor hari ini rasuah masih berleluasa ! Waduhh ! mudahnya dia mendakwa ! Menuduh tanpa fakta dan bukti memang senang sesenang menangkup dua bibir. Tuduhannya langsung tak lojik dan tak masuk akal jika melihat apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dah buat selama ini. Ini sedikit nota peringatan untuk perbandingan,.. 1. Kerajaan UmnoBn – Isu rasuah PKFZ, Isu rasuah Khir Toyo, Isu rasuah NFC dan banyak lagi,..
2. Kerajaan Pakatanj Rakyat - kes rasuah belum ada lagi,…
Bolehkah kita percaya cakap-cakap si mamat ni yang hidupnya umpama lalang? Boleh melentuk kekiri, boleh. melentuk kekanan. boleh kedepan dan kebelakang? Bolehkah kita percaya orang yang kita tak pasti agama dan pegangan hidupnya ?. Pastikah kita,.. orang ini masih kaki tunggang (botol) atau dah berhenti? Masih banyak yang tak pasti tentang mamat bernama Raja Perta Kamarudin ini,
Maka ada baiknya Pakatan Rakyat jangan layan kerenah orang yang hampir tak siuman ini!, persetankan saja! jangan ambil pusing! buang masa – buang air liur !! Kalau dilayan akan menjadi-jadilah dia !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan