Jumaat, 6 Januari 2012

Suara Hasan sebijik suara Umno


Siapa Hasan Ali?...dah terang lagi bersuluh

Nampaknya kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Hasan Ali sekarang ini tidak  senada dengan PAS dan Pakatan Rakyat.  Sebelum ini,  sebagai seorang ahli PAS dan bekas pesuruhjaya PAS Selangor beliau telah membuat kenyataan mempertikaikan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS. 

Namun beberapa hari kemudian  beliau telah menarik balik kenyataannya. MasyaAllah ! flip-flop betul ahli PAS yang bernama Hasan Ali ini

Terbaru,.. dalam isu perhimpunan 901. Dr Hasan Ali sekali lagi membuat kenyataan yang menyongsang arus. Beliau memaklumkan yang beliau  tidak menyokong perhimpunan itu!.  Apa nak jadi ni? Cakap asyik melalut je! Suara Hasan Ali lain,  suara parti PAS lain !, Dia lupakah yang dia tu ahli PAS?
 
Jadi, apa sebenarnya yang Dr Hasan Ali mahu dari PAS atau Pakatan Rakyat ? Jawapannya cukup mudah!   Salah satunya mungkin beliau sudah terpikat dengan jawatan MB tawaran Umno Selangor! Wow ! hebatkan? Jauh lebih hebat dari Exco !   tetapi nak jadi MB Selangor mesti sokong Umno dan keluar PAS ! Nak berhenti ahli PAS secara gentleman  malu pulak !,  nak harap dipecat, nampak macam tak mungkin!  Hai ! susah ! susah!  .

oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan