Kasihan pelajar UPSI,!…Mereka hanya berdemo kerana menuntut sahabat mereka Adam Adli dibebaskan dari sebarang tuduhan, namun polis telah datang ke UPSI dan memberi amaran kepada mereka agar bersurai. Selepas amaran tidak dipedulikan oleh pelajar, sepasukan polis dengan siap berunifom ini seperti biasa telah bertindak dengan rakus, menyerbu kearah pelajar. Lagak mereka ialah datang dan serang! maka berlaku pergaduhan kecil dan ada yang ditangkap, tetapi yang menyedihkan, dua pelajar diberitakan mendapat kecederaan dan dibawa kohospital.
Inilah kisah pelajar tak serang polis,.. tetapi polis serang pelajar !..Pelajar tak ancam keselamatan orang ramai, polis pula yang bertindak sebaliknya! . Polis seolah-olah ghairah bertindak,… mungkin dah lama tak keluar peluh, dan tidak mahu dianggap makan gaji buta, maka ketaatan kepada sang penguasa mesti dilakukan.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan