DAP tidak seperti UMNO, MCA atau MIC
DAP bukan parti perkauman !,.. keahliannya terbuka untuk semua kaum !
Tak usahlah Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia nak menafikan sokongan orang Melayu kepada DAP sekarang ni ! Sia sia.! Lebih baik muhasabah diri sendiri ! Buang masa je Khairy nak mencabar DAP agar menunjukkan senarai nama dan jumlah ahli DAP dari kaum Melayu.
Apa-apa pun DAP tak perlu risau, tak perlu sambut cabaran bodoh Khairy itu. Yang penting seluruh rakyat Malaysia dah tahu,… sejak dulu lagi syarat nak jadi ahli DAP tak berubah. Keahliannya terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tak kira apa bangsa.
Apa yang Khairy sibuk sangat dengan jumlah? Banyak ke, sikit ke,.. apa dia peduli? Memang patut pun DAP berbangga kerana akhir-akhir ini pertambahan ahli Melayunya amat ketara. Tidakkah Khairy tahu yang angka sejuta itu bermula dari satu ??
Sekarang ini sudah terbukti ramai orang Melayu sudah menjadi ahli DAP. Orang Melayu dah cerdik, mereka dah sedar selama ini mereka ditipu oleh Umno yang mengatakan DAP itu parti Cina, parti perkauman, parti pro komunis, parti anti Melayu, parti anti Islam dan berbagai-bagai penipuan dan tohmahan lagi !
Syabas DAP, syabas Lim Guan Eng ! Anda telah berjaya menafikan semua tuduhan jahat Umno itu ! Lihat saja di Pulau Pinang, apa yang telah dibuat oleh DAP dalam membantu orang Melayu dan agama Islam. Cukup cemerlang !, sepuluh kali jauh lebih baik dari apa yang Umno pernah buat selama 54 tahun memerintah Pulau Pinang !
Ini sebenarnya yang Khairy dan Umno amat takut !! Sokongan orang Melayu kepada Umno semakin merudum. Orang Melayu atas pagar semakin menjauhi Umno dan mendekati Pakatan Rakyat. Seluruh pemimpin Umno dah tak boleh tidur malam kerana memikirkan kuasa ditangan akan terlepas. Apa pun yang terjadi orang Melayu takkan berpaling semula kepada Umno. Dah cukup serik ! Cukup lah 54 tahun dipermainkan oleh Umno.
Hari ini orang Melayu ada tiga pilihan. Pilihlah mana-mana parti pun ASAL BUKAN UMNO (ABU), sama ada PAS, PKR atau DAP. Semuanya mahu membela rakyat dan menegakkan keadilan sejagat.. Semangat perkauman sudah dibuang jauh-jauh, Parti yang melambangkan bangsa sudah tidak ada lagi !. Itu uniknya Pakatan Rakyat (PR) Maka tinggallah tiga buah parti perkauman ini UMNO, MCA, MIC terkial-kial, hidup segan mati tak mahu. Akhirnya menjadi tunggul kayu, dan kian reput,.. lalu hancur !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan