Pada mulanya melihatkan sikap dan pendirian Dr Hasan Ali yang dah banyak berubah membuat teman terkejut dan hairan !
Teman tengok sikapnya - lebih sudu dari kuah !, lebih lajak dari laju ! Jatidirinya sebagai seorang Islam kelihatan sedikit sumbang dan sumbeng. Cuma belum rongak !!
Begitu juga kemana hilangnya jatidiri sebagai seorang ahli PAS? Ketaatannya kepada pimpinan PAS nampak ada kepura-puraan. Ketaatannya kepada majlis Syura’ juga sudah luput !!.
Dulu, memang teman respek dan menyanjungi tinggi pakar motivasi bernama Dr Hasan Ali ini, tetapi sekarang,.. perasaan suka dan hormat teman padanya dah hilang ghaib! Perasaan yang tinggal ialah menyampah ! meluat !! malahan teman rasa nak muntah pun ada bila mendengar suara Hasan seiras suara Umno. Akhirnya teman menjadi marah dan benci apabila terbukti suara Hasan Ali benar-benar macam suara Umno
Wahai Dr Hasan Ali yang pernah teman sanjungi, tetapi kini tidak lagi !! Kamu kata kamu nak buat roadshow ke seluruh pelusuk negeri ! Kamu kata kamu nak bersengkang leher nak bercakap soal akidah ! Teman kurang percaya !, teman tak percaya sebab waktu atau timingnya memang tak kena. Sekarang ini ialah mood pilihanraya, memang tak sesuai bercakap pasal benda lain, jadi kalau mike kata mike nak berceramah atau melalak pasal akidah tentu tak kena !, tak lojik !!
Apabila apa yang mike buat ini tak lojik, maka teman tahulah apa niat sebenar mike nak buat roadshow round Malaysia. Mike nak menyerang PAS, mike nak menyerang Pakatan Rakyat !! tak gitu?? Sia-sia saja Hasan !! Mike silap !, Jangan perasan le ! mike tak sehebat Anwar ! Sepatutnya mike awal-awal lagi dah muhasabah diri, balik kepangkal jalan. Mike kena sabar le siklit !! bukan gelojoh macam sekarang ni!
Niat mike nak jadi MB tu tak salah! Kalau tak dapat jadi MB, jadi menteri takkan tak dapat ? kena tunggu le !
Tak mustahil kalau Pakatan dapat memerintah selepas PRU ke-13 nanti, mike berpeluang dapat jadi menteri, terutama menteri hal ehwal agama. Itu jam nanti, mike dah ada power ! menjeritlah kuat-kuat pasal agama. Nak buat himpunan sejuta umat untuk bercakap soal akidah buatlah !!!
Sekarang ni nampaknya macam nasi dah jadi bubur !!. Jangan salahkan orang lain ! puncanya mike sendiri! Mike yang cari pasal !! Sedarlah Hasan! mike sebenarnya bukan muda sangat lagi ! Dah hampir monopaus !. Kalau dah monopaus takkan laku lagi kut?? … Jadi sebelum terlupa teman nak ucap Selamat tinggal Hasan ! atau Selamat jalan Hasan Ali ! Bye !!!!!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan