Sabtu, 14 Januari 2012

Boleh percaya ke ? kes liwat sudah berakhir !!


Tanggal 9 Januari 2012 yang lalu mungkin satu sejarah! di mana mahkamah memutuskan bahawa DS Anwar Ibrahim telah dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Memang dari awal lagi pun orang ramai tak percaya, pemuda yang sasa ini begitu mudah boleh diliwat oleh orang tua seperti Anwar !! Tenaga semudanya mudah sangat kalau nak melawan !  

Menumbuk, menepis, atau menyiku semua boleh !, malah kalau menerajang lagi mudah. Anwar ke atau mana-mana peliwat tua sekalipun pasti tergolek!..   Lainlah kalau Saiful  benar-benar suka diliwat !!
 
Apa-apa pun untuk sementara waktu ini, seluruh penyokong-penyokong DS Anwar dan seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan Anwar bolehlah bersorak gembira disamping bersyukur kepada Allah kerana dialah yang mengatur segala-galanya !!

Namun, disebalik bergembira semua rakyat Malaysia yang bencikan fitnah dan liwat jangan lupa !, kerana drama liwat ini belum selesai sebenarnya ! Azlan Md Lazim bapa Si Saiful dan Saiful sendiri  yang melakunkan watak mangsa liwat,  khabarnya mahu membawa kes ini ke mahkamah rayuan. Besar kemungkinan Peguam Negara Abd.Ghani Patail juga berminat berbuat demikian.

Apabila kes ini dibawa kemahkamah Rayuan,  tidak mustahil keputusan yang sama dengan kes bicara rampasan kerajaan Perak tidak lama dulu akan berulang. Mahkamah yang pada awalnya mengesahkan Ds Nizar adalah menteri Besar yang sah ! akhirnya mahkamah Rayuan membatalkannya! 

Mungkinkah perkara yang sama akan berulang? Anwar yang telah dibebas akhirnya kedalam juga selepas rayuan pendakwa diterima?!. Di penghujung hayat ini, Umno tentu mahu menggunakan kuasa yang masih ada,  walaupun tinggal nyawa-nyawa ikan !. Semoga Allah sentiasa berada bersama-sama orang yang benar dan sabar !!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan