Ahad, 8 Januari 2012

Siapa Anwar?, apa kurangnya aku ?


Agak-agaknya layak tak aku jadi PM ?,,, kalau setakat MB Selangor memang patut dahh !!,. (mungkin itu kata hati kecilnya,..)
 
Lagak si“Hasan akidah” ini memang over, dah menjadi-jadi ibarat kaduk naik junjung. Bulu hidung kalau dah terlebih panjang memang nampak janggal ! menyusah dan merimaskan !  Orang yang melihat pasti geli dan jijik !!  Pemilik hidung  kadang-kadang tak sedar taik hidungnya  sedang berkemah kad dalam hidung,.. itulah Dr Hasan Ali terkini,...  

Sebagai seorang exco agama Islam dalam kerajaan Pakatan Raktar Selangor Hasan al-Akidah ini sememangnya selalu menonjolkan diri yang  dia hebat !, hebat penampilan,hebat bertindak!, hebat berhujjah !!.

Tuturnya memang sentiasa kedengaran enak dan lunak tapi tak kurang juga ada yang memualkan ! Kadang-kadang mendengar  hujjahnya  membuat kita jadi letih dan semput dek kelantangan suaranya  bak machine gun itu.   Walau apa pun suaranya yang serak-serak basah dan sesekali terkeluar bunyi itik serati itu.tetap menjadi trade mark nya! 

 
Kalau bercakap pasal Islam seolah-olah dia seorang sajalah yang Islam, dialah pejuang Islam,  dialah pemimpin Islam yang cukup hebat. Bercakap pasal akidah,  dia seorang sajalah pemimpin yang sangat mengambil berat tentang akidah umat Islam !! orang lain hanya berpeluk tubuh !!,…. Perasan sungguh mamat ni !

Semua orang tahu,..satu ketika dulu Dr Hasan Ali  ialah seorang motivater, seorang penceramah motivasi yang cukup terkenal.  Dia ada syarikat sendiri !  dia ada program summer camp yang cukup hebat !, cukup popular!. Dia dah jenuh makan duit summer camp dan ceramah motivasinya. Itu cerita dulu,..

Hasan masuk politik
Syukur,  dia mengistiharkan dirinya menjadi ahli PAS selepas krisis Umno 1998. Oleh kerana ilmu Islamnya ada sedikit sebanyak, maka PAS pun menjadikannya calun pilihanraya. Dua tiga tempat dia bertanding dan menang. Lagi sekali kita bersyukur !! dengan harapan dia menjadi harta kekal PAS dan istiqamah dalam perjuangan.

Tetapi akhir-akhir ini dia mencari jalan retak. Dia melangkah agak sumbang lagi pincang.Entah kenapa Hasan Ali tiba-tiba bertukar wajah, bertukar watak !  Menurut sesetengah pihak,.. dia terkena racun tuba Umno !  Dia sangat marah bila orang mengatakan dia sudah termasuk perangkap Umno, lalu dia mencabar si polan, si polan !.minta bukti !   Dalam satu kenyataan akhbar dia membela dirinya habis-habisan !, Dia mendakwa yang dirinya pembela bangsa Melayu, pembela raja-raja Melayu, pembela agama Islam,  pejuang akidah !  pejuang akidah umat Melayu !,  akidah umat Islam !! ,…. Tetapi malang ! dalam masa yang sama dia menyerang PAS partinya sendirinya.  

Barangkali oleh kerana merasa diri sudah terlalu hebat dan popular,  maka hari ini dia jadi tak sedar diri !, riak !! Berangan terlalu tinggi !!  mungkin ada hati,… bukan sekadar nak jadi MB Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi Perdana Menteri kalau boleh!. Dalam hati mungkin berkata,..Apa kurangnya aku! berbanding Anwar ?

Sudah le Hasan ! Cermin diri tu lama-lama ! Kelebek betul-betul !.  Selain bulu hidung terlebih panjang,  taik hidung bersepai,  barangkali ada kurap dan panau dimana-mana !   Nak suap nasi dalam mulut, gunalah tangan, bukan senduk ! nak menang berlumba pun ikutlah cara kura-kura,.. jangan jadi arnab !!. Sedarlah,  kerusi parlimen tu dapat dari mana? Jawatan Exco itu siapa yang bagi ??? Ketua mu tak pernah ajar mu kencing berdiri !!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan