Rabu, 25 Januari 2012

Mamat ni nak jadi hero Najib ??!!


Hujahnya cukup dangkal, kalau bercakap dengan murid tahun 4 sesuai le. Malu rasanya Malaysia ada menteri sebengap itu !

Isu : Debat Anwar vs Najib
Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  wajar mengadakan,..
SATU DEBAT TERBUKA BERKENAAN DASAR DAN PENDEKATAN KERAJAAN MENGURUSKAN NEGARA.

Cadangan debat terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim  ini segera disambut oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan -

Ini diantara beberapa pendapat bangangnya ,….
* Debat ini tidak sesuai  kerana budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.

* Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.

Hoi,  mamat bengap ! sedarlah diri !  Rakyat Malaysia dah semakin cerdik,  Cuma mike je yang tak cerdik-cerdik !!.  Bukankah sejak zaman  kita bersekolah dulu hinggalah kini,  aktiviti berdebat sudah jadi kelaziman? termasuk di universiti !  Ada piala lagi !! termasuk “Piala Perdana Menteri”  yang menjadi rebutan para peserta !  Agaknya mike ni masih duduk di bawah tempurung? Tak tahu hal dunia?

Lagi satu,  mike kata debat tak boleh buat di Malaysia kerana rakyatnya berbilang kaum ! Apa kena mengenanya debat dengan berbilang kaum? Siapa pun boleh menyertai debat. Debat bukan untuk orang
putih atau orang hitam saja. Orang kulit coklat, kulit kuning,  kulit kelabu semua boleh!!  Lagi pun debat bukan gelanggang tempat bertumbuk atau mengutuk sesama kaum !  Debat sebenarnya menjadi tempat mengasah  ketajaman berpidato,  tempat membina percambahan minda  dan tempat berhujah sacara sihat ! Ia dilaksanakan secara terkawal dan disiplin.

Alahai ! apa le bengapnya mamat ni !  Dulu sekolah tak habis ke? Kalau itulah tahap pemikiran mike, rasanya Tok Empat dan pengerusi JKKK pun jauh lebih tinggi!  Macammana le mike boleh terlantik menjadi Ketua Penerangan Umno dan Timbalan menteri.  Agaknya inilah yang dikata “Malaysia Boleh” slogan yang diagong-agongkan oleh Umno.  Tak ada yang tak boleh – semua boleh !!!
Tetapi bagi Ahmad Maslan  Debat Anwar Najib tetap tak boleh

oleh : rahimothman




Tiada ulasan:

Catat Ulasan