Istihar harta kepada SPRM,,… kata DrM ,… mampus Najib tak kan buat!
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir kelmarin ada menyarankan agar menteri-menteri kabinet bersifat telus dan jujur,.. ini termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),.. kerana katanya badan seperti SPRM adalah berkecuali dan tiada kepentingan politik !,
Dr. Mahathir juga berkata, jika ada menteri yang enggan bersikap telus termasuk mengisytiharkan harta, mereka sepatutnya meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat.
Wah !! bukan main gentlemen bunyinya, tetapi persoalannya, adakah kenyataan bekas PM ini ikhlas? atau hanya cakap-cakap politik?.Siapa menteri Umno yang mahu mendengar saranan Tun? Najib? Mampus dia takkan berani buat !!
Berbalik kepada Mahathir,.. waktu mudanya memang dia bijak dan cekap,.ideanya bernas ! Berbohong pun tak kurang hebat !!! Sekarang ni dia berani cakap pasal istihar harta pada SPRM sebab dia bukan lagi PM, dia dah bersara !, usianya dah lanjut ! dah senja, kadang-kadang nyanyuk pula, Mana mungkin ada orang mahu mendengar buah fikirannya lagi !
Mahathir kata SPRM bersikap telus berkecuali dan boleh dipercayai ! Itu hanya kata Tun, siapa yang nak percaya? Setahu kita selama Tun menjadi PM terlalu banyak badan-badan dan jabatan kerajaan telah di peralat oleh UMNO pimpinan Tun dan sekarang ini salahguna kuasa diteruskan oleh Najib.
Kalau badan-badan tertinggi seperti institusi kehakiman, institusi Raja, PDRM, Jabatan Penerangan, Imigresen, akhbar, RTM dan banyak lagi telah diperalat, apakah jaminan benda yang sama tidak akan berlaku? Apakah SPRM itu dari keturunan Malaikat? Seluruh rakyat Malaysia sudah tahu! bahawa Umno boleh berbuat apa saja, Umno boleh selewengkan kuasa ! Umno boleh rasuah, malahan menggadai agama pun Umno sanggup !!,
Justeru, bab istihar harta menteri ni,.. sebaik-baiknya eloklah istihar saja pada rakyat atau setidak-tidaknya di depan jemaah kabinet, bukan istihar pada PM sorang seperti yang pernah dibuat oleh Mahathir !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan