Kalau sesama keluarga tak mahu sokong, apa diharap kalau orang lain?
Perlukah lagi PAS menyimpan cicak kubing berkepala putih ini?
Mengulas perhimpunan 901 yang dicadangkan untuk menyokong Anwar selepas keputusan perbicaraan liwat diumumkan Isnin depan,.. ini komen Dr Hasan Ali,….
Mahasiswa dan pelajar dinasihatkan agar tidak menghadiri perhimpunan itu. sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar. (SEPENDAPAT DENGAN UMNO YANG MEMPERTAHANKAN AUKU)
Beliau juga menyarankan agar Anwar tidak menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. (MAKNANYA ORANG PAS. ORANG PKR DAN ORANG DAP JANGAN SIMPATI, JANGAN SOKONG DAN JANGAN BANTU ANWAR IBRAHIM)
Sikap Dr.Hasan Ali terhadap PAS dan Pakatan semakin jelas,. Kata sepakat bagai sudah dilupakan ! Isu Fitnah Liwat 2, itu soal peribadi Anwar, kita jangan peduli ! Keputusan kes liwat 2 juga, itu hak mahkamah, kita jangan campur !! ,…tak ada hubung kait dengan Hasan Ali, tak ada hubung kait dengan PAS, Aik? ! biar betul !!
MasyaAllah !! dah sesat agaknya ahli PAS yang sorang ni! Sejak bila dia jadi pekak dan buta? Bukankah Pas parti yang didukungnya memperjuangkan Islam? Menuntut keadilan dan memprotes kes Anwar yang tidak diadili mengikut syariah bukankan itu perjuangan Islam? Selama ini kamu melalak kononnya hidup kamu kerana Islam !, perjuangan kamu kerana Islam dan yang terbaru sampai berbuih mulut kamu bercakap pasal akidah,! akidah ! akidah !! Apa ni? cakap tak serupa bikin ! merapu ! meraban !, tersasar entah kemana?
Menurut pengakuan Hasan Ali lagi, ... “Perhimpunan 901” pada hari Isnin ini, beliau tidak akan sokong dan beliau tidak akan menghadiri demonstrasi itu. Lebih teruk dia nasihat ahli-ahli agar jangan hadir, walhal presiden PAS sendiri tidak menghalang. Inilah satu kenyataan yang sombong dan bongkak oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang sekarang ini memegang Exco Selangor. Sikapnya, lebih sudu dari kuah !! Sia-sia sajalah dia menjadi ahli Pas dan Pakatan Rakyat jika suara jemaah dia tak ikut, suara presiden dia langgar! .
PAS, PKR dan DAP ibarat satu keluarga. Ia sudah menjadi satu perikatan yang dinamakan Pakatan Rakyat. Ini hakikat, bukan khayalan, bukan angan-angan. Kalau tidak, masakan empat buah negeri sudah dikuasai ! malah tahap pencapaian negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi jika dibanding negeri-negeri di bawah BN. Apakah Hasan beranggapan kejayaan Selangor memacu ekonomi negeri semata-mata disebabkan kepakaran beliau sendiri? Lupakah dia, jawatan yang disandangnya adalah atas tiket PAS, begitu juga kerusi yang dimenangi !! Sekarang berlagak besar kepala pula ! Celakanya kau Hasan !!
Sudah banyak perkara dipersetujui bersama, dan sudah banyak dasar yang dimeterai bersama. Dalam Pakatan Rakyat cucuk pinggang kiri, pinggang kanan terasa, cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit juga. Kenapa begitu mudah Hasan Ali melupai peribahasa ini? Kemana perginya semangat kerjasama dan setiakawan?
Dalam bab kesepakatan dan kerjasama ini Dr Hasan Ali bagai sudah menongkah arus, malah jauh menyongsang !. Kalau dalam satu keluarga pun Hasan Ali tak mahu bersatu hati, bersimpati dan menyokong sesama sendiri apa diharap jika orang lain!.atau bukan keluarga ! Inilah sikap sebenar Hasan Ali sekarang apabila beliau meminta Anwar jangan mengheret masaalahnya bersama orang lain. MasyaAllah buruknya perangai Hasan Ali, Nampak benar dia mementingkan diri sendiri ! cakap bergegar-gegar, lain di mulut lain dihati !, pepat diluar rencong di dalam !! .
Agaknya selama ini begitulah cara hidup Hasan Ali,… kau kau, aku aku. Susah senang kau apa aku peduli? Kau sakit kau tanggunglah sendiri, itu masaalah peribadi!, jangan kaitkan orang lain ! Kalau jiran Hasan Ali dirompak dan dirogol, Hasan lebih rela untuk terus lena !! Inilah yang dapat kita faham tentang Hasan Ali sekarang. Semoga beliau cepat insaf, kembali sedar atau berhenti saja dari menjadi ahli PAS agar PAS tidak terus mendukung biawak hidup !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan