Isnin, 30 Januari 2012

BETUL KATA SHAHRIZAT !!

 Datuk Shahrizat Jalil pernah berkata  “Beritahu saya, pemimpin Umno mana yang tiada bermasaalah?,..   Maksudnya, semua pemimpin Umno/BN bermasalah. Masalah utama ialah penyelewengan dan bikin harta haram dengan merompak hak rakyat.

Hari ini terbukti kata-kata Shahrizat itu benar !  Selain beliau sendiri yang dikaitkan  dengan salahguna kuasa, dimana melibatkan projek lembu Rm250 juta (NFC),  

Bertuahnya bumi Malaysia kalau cadangan agar semua menteri kabinet isthar harta kepada SPRM ! dan orang pertama yang harus tampil dulu kedepan ialah Datuk Seri Najib. Sanggupkah Najib? Yang pasti sudah tentu Najib takkan berani menerima cadangan ini. Sebab itulah sampai la ni,  tiada satu pun kedengaran suara dari pemimpin Umno yang menyokong !!  Paling berani pun ialah senyap !  atau pesong cerita lain !  Inilah sifat-sifat munafik pemimpin Umno, ibarat jantan tak bertelor, termasuk Najib !!  

Sebelum ini, Najib pernah dicabar menjadi saksi dimahkamah, beliau beri berbagai alasan !  Diajak berdebat, diam menikus!  Terbaru beliau dicabar istihar harta pada SPRM, langsung senyap tak menjawab !!  Inikah sifat pemimpin yang diagong-agong oleh Umno?  Jelas sekali darjah ketakutan Najib begitu tinggi !!  Tahap penakut sebegini, kalau bercakap dengan bini mungkin telornya boleh hilang !!

Jadi dengan siapa yang Najib berani? Ya, Najib berani hanya bila bercakap dalam mesyuarat, dalam majlis, dalam kelompok Umno yang buta hati, buta mata dan pekak badak !  Najib bertambah sombong bila bercakap di depan media, lebih-lebih lagi di depan kamera TV3 dan RTM !!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan