Selasa, 3 Januari 2012

Bekas orang kuat Umno masuk DAP


Menurut sumber yang boleh dipercayai,  dua bekas orang kuat Umno Pahang baru-baru ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada Umno kerana telah memilih DAP sebagai wadah perjuangan. 

Mereka ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias.  Jika berita ini benar,…sah Umno menerima satu lagi tamparan,  kalau pun tak menyebabkan pitam, setidak-tidaknya pening –pening lalat !

 
Di bawah ini ialah beberapa  kenyataan Mohd Ariff Sabri berhubung dengan penyertaan beliau ke dalam DAP.  Petikan – Keadilandaily

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas,” .

“Perjuangan membela Melayu yang dijaja Umno tidak lagi meyakinkannya dan sebahagiannya berpunca daripada sikap tidak endah Umno terhadap gejala rasuah dalam pentadbiran mereka”.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno”.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. sedangkan DAP membenci ciri-ciri ini,” .

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” tanya - Keadilandaily

Beliau juga menegaskan yang penyertaannya ke dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan