Selasa, 24 Januari 2012

NFC panggil Ibrahim atau Ibrahim panggil NFC?


NFC tak berani beri penjelasan pada umum, lalu panggil NGO !
Itu pun dah lewat!  dah akhir-akhir baru nak panggil NGO? Apa tujuan?
Bila pula Ibrahim nak cabar NFC agar bersumpah ??

 
Setelah lebih sebulan berlalu, dan soal siasat telah dijalankan kenapa baru sekarang pengurusan NFC nak panggil sidang akhbar yang hanya melibatkan NGO tanpa wartawan-wartawan akhbar? Apakah pihak NFC juga sudah tidak percaya kepada akhbar-akhbar arus perdana milik Umno?

Dan kenapa pula pihak NFC tidak turut bersama semasa sidang video sebaliknya memilih Ibrahim Ali dari PERKASA yang tebal dengan perkaumannya sebagai jurucakap? Ibrahim Ali yang sebelum ini suaranya lantang dan panas, tetapi di sidang video itu suhu badannya sudah turun. Ini menjadi tanda tanya. Dalam sidang video,.. apa yang dapat dilihat hanyalah penceritaan oleh Ibrahim Ali.

Mungkin Ibrahim juga hanya telah mendengar cerita dari pihak pengurusan NFC tanpa ditunjukkan  sebarang dokumen atau bukti,.. samalah macam si Saiful bercerita bagaimana dia diliwat. Apa tujuan sebenar sidang video ini diadakan agak meragukan. macam ada udang di sebalik mi.

Seperkara lagi,  apa perlunya pihak NFC memberitahu bahawa NFC dan NFCorp. adalah dua benda yang berbeza? Apakah perbezaan itu boleh menafikan wujudnya penyelewengan? Apa pun cerita di sebalik perjumpaan dengan beberapa NGO, seperti yang dinyatakan Ibrahim Ali,  itu tak penting, yang penting penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta itu ada berlaku atau tidak ?
Kalau tak ada berlaku kenapa Shahrizat tak senang duduk? hinggakan terpaksa mengambil cuti tiga minggu?  

Seperti biasa, setiap tindak tanduk Ibrahim Ali mudah dibaca !  Ibrahim Ali ada niat nak membela dan menolong NFC. Dia berlagak berani dan menunjuk pandai !  Dia menidak dan memperlekeh peranan yang telah dibuat oleh  SPRM dan Ketua Audit Negara dan dalam masa yang sama Ibrahim  cuba mengajar dan mendesak  NFC agar membuat report polis berhubung dengan penyelewengan kad kredit,  tetapi Ibrahim Ali lupa satu perkara !. Kenapa tak cabar NFC agar bersumpah ? Bukankah itu kegemaran Ibrahim Ali dan suku-sakatnya?

Rumusannya :   Ibrahim Ali al kataki mahu tunjuk hero !, bahawa dialah pembela nasib orang-orang Melayu yang teriniaya macam suami Shahrizat. Tetapi kes DS Anwar bekas sahabatnya yang terang-terang telah difitnah dan  teriniaya macamana?  Ooooo !! Anwar itu keturunan Siam, bukan Melayu agaknya ? !!..... Beginilah munafiknya sepsis katak bernama Ibrahim Ali !   Boleh le kata dia ni bapak segala munafik !! Super munafik !!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan