Ahad, 15 Januari 2012

Antara yang berkuasa dan yang berhak !!


Guna Wang Zakat Untuk Kos Guaman MAIWP tak salah, dibolehkan, demi mempertahankan kedaulatan Islam !  Ia juga mengikut hukum Syarak - Muti Wilayah. 

Penjelasan Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali yang merujuk kepada kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh bahawa penggunaan wang zakat kes guaman adalah dibolehkan demi “mempertahankan kedaulatan Islam” merupakan suatu kenyataan yang amat pelik dan mengelirukan. 
 
Apakah dengan menggunakan wang zakat MAIWP bagi membayar wang guaman untuk menentang prosiding pertuduhan qazaf terhadap Mohd saiful yang dituntut oleh Anwar Ibrahim, adalah mempertahankan kedaulatan dan maruah sebuah institusi Islam ?..Betulkah begitu? Atau orang ramai sengaja mahu dikelirukan? ???

Apakah pula bezanya antara yang “berkuasa” dan yang “berhak”? tentu ada bezanya! Di antara ketiga-tiga tokoh ini tentulah seorang darinya berkuasa / memberi perintah, dan seorang lagi yang  menurut perintah, manakala seorang lagi menentukan hukum sah tidak sah atau boleh tidak boleh !!, maka itulah sebabnya yang tak boleh jadi boleh, yang tak layak boleh jadi layak !  Akhirnya timbul kekecuhan dan kekeliruan !, gempar satu Malaysia !

Setahu kita Allah peruntukkan hanya kepada 8 kategori saja,  seperti di bawah ini,..  dimana pula letaknya kelayakan seorang menteri bernama Jamil Khir sebagai penerima zakat?

1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.

Apabila Umno membelakangkan agama maka semuanya akan jadi tunggang terbalik ! Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah digunakan oleh beberapa kerat manusia yang berlatar belakang agama  dan sanggup menyalahgunakan agama demi mempertahankan kuasa.  Ketidakadilan dan kezaliman dibiarkan berlaku didepan mata !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan