Isnin, 23 Januari 2012

HIMPUN : PERSOALAN AKIDAH,… dimana silapnya?

Rosaknya akidah, akan berakhir dengan murtad ?

Perhimpunan sejuta umat / “HIMPUN” yang akan diadakan di Kepala Batas pada 28 Januari ini ialah bertujuan untuk memberitahu orang ramai  isu yang melanda umat Islam sekarang iaitu keretakan akidah dan murtad.

Orang Melayu beragama Islam khasnya,  mahu diperingatkan sekali lagi (walaupun sudah mengetahuinya) perkara yang boleh menjejaskan akidah, dan pentingnya kita menjaga akidah.  Disamping itu  menyeru seluruh  umat Islam bersatu, merapatkan ukhwah,memperkukuhkan akidah serta menjauhi gejala murtad. 
 
Memang, hari ini kita merasa amat risau apabila akidah umat Melayu Islam semakin rekah, nipis dan begitu mudah dilanda arus  murtad.  Justeru matlamat “HIMPUN” pada dasarnya adalah baik,. tetapi tak guna kita berhimpun semata -mata nak melaungkan rasa resah dan risau,  nak menyalahkan  pihak lain !   padahal tindak tanduk dan pendirian sang pemerintah masih ditakuk lama. Hukum dan perundangan Islam dibuat acuh tak acuh atau sambil lewa !. Kuasa ada di tangan tetapi berat sangat hati mereka untuk menegakkan hukum  Islam.

Ada baiknya jika  penganjur mendedahkan,  kenapa kerosakan akidah dan kejadian murtad ini boleh berlaku. Tak guna kita memekik dan melolong menyalahkan sesiapa Janganlah terlalu ghairah menyalahkan pihak lain!.  Lebih baik berterus terang!, jangan segan mengaku ! Jangan takut menyatakan yang benar atau cuba melindungi sesuatu. Pernahkah kita terfikir di mana punca dan silapnya?

Setiap yang berlaku ada punca dan sebabnya!. Seperti sebatang pokok,.. punca utama kerosakannya ialah dari akarnya. Akar rosak binasalah pokok !  Rosak pemerintah, rosaklah umat !.    Begitu juga nasib umat Melayu Islam di Malaysia. Tidak ada gunanya pemerintah  berbangga dengan perlembagaan dan undang-undang sekularnya,  manakala hukum dan perlembagaan Islam diketepikan ! . Kalau pun ada dasar Islam yang dipakai oleh pemerintah  teramatlah sedikit dan ia lebih bersifat kosmetik.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan budaya Melayu hari ini sudah dicemari atau diselaputi budaya kuning,  budaya barat yang merosakkan. Mungkin  sebahagian atau segelintir umat Melayu Islam hari ini menganggap soal akidah dan murtad adalah sebagai perkara remeh !!  namun isu “ tergelincir akidah dan murtad ” ini sudah pun berlaku.    Di mana silapnya? Siapa puncanya? Tak lain tak bukan Umnolah puncanya !! kerana,..

1.     Umno memegang kuat dasar “ketuanan melayu” – menegakkan bangsa nombor satu, soal agama no.2.
2.     Umno menolak dasar Islam – bermakna Umno tidak mahu menanam roh dan jiwa Islam kedalam diri umat Islam dan lebih malang Umno tak mahu menggunakan dasar Islam dalam pemerintahannya.
3.     Umno membiarkan budaya barat yang negatif menular  di depan mata, ini termasuk menyokong kehidupan  glamur dunia artis, dunia hiburan.
4.     Dalam urusan harian terutama menguruskan manusia,  Umno lebih mementingkan dunia, wang, dan kebendaan.  Soal akhirat,  soal halal haram dan syurga neraka mereka  ketepikan..
5.     Umno lebih mementingkan hiburan dan keseronokan dunia seperti meluluskan lesen-lesen judi, lesen arak,  lesen pusat hiburan,  lesen mengadakan konsert, pesta  dan sebagainya. Semuanya ini meleka dan melalaikan serta mendorong umat Islam terutama jenarasi muda kearah maksiat,..
Semua lima perkara diatas adalah penyumbang atau  penyebab  Melayu lupa diri,  Melayu  lupa budaya,  lupa bangsa, lupa agama!!   tergelincir  akidah , dan MURTAD

Sudah terbukti , dalam bab hukum hakam dan perundangan Islam kerajaan UmnoBn hanya amalkan separuh !  separuh lagi tidak.  Pemerintah mengaku Negara ini negara Islam tetapi seringkali dilihat pemerintah memperalatkan Islam.  Islam hanya mahu dilihat  indah pada rupa dan kulit,.. tidak pada isi !  Dan yang paling malang, apabila Islam boleh diubah alih atau disusun atur mengikut citarasa pemerintah !   Maka apa yang berlaku hari ini ialah negara perintah Islam,..  Sepatutnya  Islam perintah Negara !!

0leh : rahimothman

2 ulasan:

  1. aqidah apa yg diperjuangkan oleh tok hasan ni? hina Nabi, tolak hukum Allah, apakah ini tak jejas aqidah? tok hasan tlg jawabbbbb.

    BalasPadam
  2. Murtad ditakuti tapi kerosakan Akidah tidak dipedulikan. Hampir keseluruhan ahli Umno kini sudah goyang iman akibat fitnah yang dilemparkan kepada DS Anwar. Kalaupun Anwar berdosa besar sekalipun andainya Bertaubat Nasuha, pasti diampun oleh Allah. Bagaimana pula orang yang membuat Fitnah, menyebarkan fitnah , bercakap, menulis dan mencaci maki DS Anwar ... Bagaimana kedudukan iman dan akidah mereka berjuta Melayu Umno sudah terlibat dalam hal ini.. siapa yg perlu dipersalahkan adalah Anwar atau Pas .... Hassan Ali kini terus menerus menaruh sangka buruk ke atas Anwar .. adalah Allah boleh memaafkan Hassan Ali ...... bagaimana pula dosa pengikut Umno yang mencaci maki dan memfitnah Anwar .. siapa nak tanggung dosa ini. Iman mereka kini hancur kerana FITNAH ... YANG SANGAT DITAKUT OLEH RASULULLAH rujuk peristiwa fitnah ke atas Siti Aishah .. Sebenarnya masalah ini ialah menburukkan Islam , memperlekehkan hukum Islam, mempermainkan mahkamah syariah yg boleh dijual beli dengan wang zakat. Penghinaan diteruskan ... mana ulamak, mana Abim, nama pertubuhan Islam, mana NGO Islam, mana Mufti mana maruah umat Islam membiarkan Islam dihina begitu sekali .. jangan mengundang Bala Allah.

    BalasPadam