Perhimpunan Sejuta Umat / “HIMPUN” khabarnya akan diadakan di Dewan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas pada 28 Januari ini. Dulu semasa program ini diadakan di Shah Alam penganjur mewar-warkan yang kehadiran menjangkau seratus ribu, malangnya 10 ribu pun jauh dari jangkauan. Tetapi kali ini penganjur menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir dimana Dr.Hasan Ali adalah salah seorang tetamunya.
Harap-harap Hasan Ali biarlah bercakap soal akidah saja di majlis itu,..jangan pula merapu hingga menyentuh soal pemecatannya di dalam PAS serta pengguguran jawatan exconya. Kalau boleh,..Hasan Ali tolong perjelaskan !,.. Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan seluruh umat Melayunya beragama Islam, siapa yang harus dipertanggung jawabkan terhadap kenipisan dan keretakan akidah umat Melayu Islam hari ini hingga ada yang sanggup murtad?
Adakah kesalahan harus diletakkan kepada orang bukan Islam? atau orang Melayu sendiri? Adakah parti PAS juga mahu dipersalahkan? Bagaimana pula dengan parti Umno dan pemimpinnya? Rasanya Umno memang patut dipersalahkan! Bukankah Umno parti keramat orang Melayu,.. parti yang maha berkuasa di malaysia?!!
Hasan juga harus perjelaskan apakah akidah beliau sendiri sudah cukup kukuh dan mantab? hingga beliau sanggup mengenepikan nasihat dan pandangan majoriti? Apakah akidah Hasan sudah cukup solid hingga beliau sanggup menuduh seorang individu islam lain kotor dan tidak bermaruah? walaupun mahkamah belum memutuskannya? - bersambung di artikel akan datang !

Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan