Memilik, mengedar, mengguna atau menyimpan dadah adalah satu kesalahan disisi undang-undang negara. Begitu juga dengan video lucah ! Semalam Datuk T mendakwa mereka ada satu lagi video lucah yang 'lebih dahsyat' yang kononnya melibatkan DS Anwar.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay” kata Datuk Shuib Lazim yang merupakan salah seorang dari Trio Datuk T. Menurutnya lagi video baru itu telah dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
Nampaknya mereka sedikit pun tak merasa serik dan insaf diatas denda yang mereka terima dulu, iaitu kesalahan memiliki dan menayangkan video lucah dikhalayak ramai. Mereka sepatutnya malu kerana hasil dagangan yang mereka jaja tak laku !! Orang ramai bukan saja meluat, tetapi muak dan nak muntah melihat barang jajaan mereka.
Kali ini mereka sekali lagi dengan nada berani dan sombong seolah-olah mencabar pihak berkuasa ! Apakah polis mahu mendiamkan diri atau sekadar tunggu dan lihat saja? Kalau individu atau rakyat biasa buat kenyataan sedemikian sudah tentu polis akan mengambil langkah segera menyiasat dan bertindak tetapi oleh kerana yang terlibat adalah orang Umno,.. polis terpaksa buat-buat pekak badak ! Itulah polis Malaysia ! Kalau tidak “double standard” bukanlah polis Malaysia namanya
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan