Siapa Zahid Hamidi nak menasihati Ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim? Sepatutnya Zahid sendiri yang perlu banyak menerima nasihat dari Anwar. orang yang pernah menjadi sifunya satu masa dulu,..bukan sebaliknya.
Pemimpin bijak pandai dikalangan UmnoBn mungkin dah pupus. Kalau ada saki baki pun mungkin setaraf dengan ranting-ranting kering yang menunggu reput. Oleh kerana sudah tidak ada lagi pemimpin berkalibar dan berkualiti maka si Zahid pun menyangka dialah satu-satu Naib Presiden Umno yang ada kelas. lalu dia dengan sombong cuba menasihati Anwar
Datuk Zahid rupa-rupanya terlebih perasan,.. dirinya sendiri pun tak betul dan bosnya Najib juga banyak buat yang tak betul, ada siapa yang peduli? Ada sesiapa sanggup beri nasihat? Pernahkah Zahid beri nasihat pada Najib? Biasanya pemimpin Umno suka tunjuk pandai, bercakap ikut syok sendiri, begitulah juga Zahid. Teringat saya penjelasan Zahid dalam satu forum anjuran RTM - tentang sumpah laknat, Antara lain kata Zahid,… bersumpah laknat itu hanya boleh dilakukan setelah mahkamah Syariah membicarakan tertuduh,…. tetapi Zahid mendiamkan diri apabila isu sumpah Saiful hangat diperkatakan.(merujuk kes liwat 2) Disitulah flip-flopnya Zahid !
Semalam dalam satu kenyataan Datuk Zahid telah menasihat dan mengingatkan DS Anwar supaya menghormati sistem perundangan negara dan tidak mengheret rakyat untuk terlibat dalam kes berkaitan peribadinya . Kenapa pula datuk tidak nasihatkan Najib yang terang-terang telah mengheret ketua hakim dan seluruh peguam pendakwa berpihak kepadanya? Apa bezanya mengheret rakyat dengan mengheret hakim? Kalau datuk tak tahu bezanya,.. samalah datuk dengan lembu kondo belaan Shahrizat !! atau datuk telah melebel diri datuk sebagai biawak lidah bercabang !
Datuk seorang menteri,…tetapi tidakkah datuk sedar, datuk membeli kapal selam pun kena tipu? Datuk beli kelengkapan perang untuk ATM juga mentah-mentah kena tipu,… Kemudian enjin kapal terbang kena kebas didepan mata pun datuk tak tahu, Alahai !! bijaknya seorang menteri !! Lembu-lembu fidlot Shahrizat tentu ketawa besar melihat gelagat datuk. Cermin-cerminlah diri datuk, tengok setiap sudut kut kut ada kurap disana sini.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan