“Anwar tidak perlu mengheret rakyat dalam soal peribadi beliau. Kempen “Bebas Anwar 901” boleh mencetuskan huru-hara dan memberikan kesan buruk terhadap keamanan, politik, sosial dan ekonomi negara,”
“ Anwar perlu menghormati keputusan yang akan dibuat mahkamah pada 9 Januari ini kerana keputusan perbicaraan itu berdasarkan bahan bukti kukuh yang dikemukakan di mahkamah.”
"Anwar boleh membuat rayuan jika keputusan hakim nanti tidak memihak kepadanya,”
“ Anwar perlu menghormati keputusan yang akan dibuat mahkamah pada 9 Januari ini kerana keputusan perbicaraan itu berdasarkan bahan bukti kukuh yang dikemukakan di mahkamah.”
"Anwar boleh membuat rayuan jika keputusan hakim nanti tidak memihak kepadanya,”
Wahai Adnan Yaakob MB Pahang yang dah kotai,..patutnya dah letak jawatan tapi masih kemaruk nak pegang lagi !! Ini komen teman terhadap kenyataan datuk mengenai isu Anwar,….
Najib dah heret pun Ketua Hakim dan peguam pendakwa, ..maka apa salahnya Anwar heret rakyat pulak? Bukankah Anwar itu pemimpin?, bukankah pemimpin itu hak rakyat? Pemimpin kerjanya membela rakyat dan sudah semestinya lah rakyat pula menyokong pemimpin. Justeru turunnya Anwar ke padang meminta sokongan rakyat adalah sesuatu yang wajar. Ia tidak melanggar hukum syarak dan tidak melanggar undang-undang Negara. Yang tidak wajar dan telah merogol undang-undang Negara ialah Najib,.. kerana beliau telah mencucuk hidung tuan hakim semahu-mahunya!
Berbalik kepada nasihat datuk untuk Anwar,…Kalau datuk nak tahu,… ini bukan soal peribadi Anwar semata-mata seperti yang datuk dakwa, ,,tetapi ini adalah perkara yang jauh lebih besar,.. ini soal maruah seorang Islam dan soal keagongan Islam itu sendiri. Memfitnah dan menzalimi Anwar bermakna Umno telah menzalimi dan menghina Islam. Dalam Islam fitnah adalah satu dosa besar! Dan apabila UmnoBn yang mengaku Malaysia sebuah negara Islam, tetapi tidak mengadili kes Anwar mengikut perundangan Islam, salahkan rakyat memprotes? Salahkah rakyat menyokong Anwar?
Selama ini Umno fitnah Anwar, kemudian pertikai peribadi Anwar, buruk-burukkan Anwar dengan berbagai cerita rekaan dan palsu. Tujuan lain tak ada melainkan nak mengaib dan menghancurkan masa depan politik Anwar. Rakyat tahu ini semua!. Bodohlah rakyat Malaysia kalau tak boleh mengenali perbuatan baik dan perbuatan jahat mainan Umno ! Berdasarkan perjalanan kes liwat 2, sah ! Najib telah berjaya membina satu konspirasi peringkat tertinggi untuk membunuh karier politik DS Anwar Ibrahim…. Itu perancangan mereka,.. dan Allah juga ada merancang. Sudah pasti perancangan Allah adalah yang lebih baik.
Sebagai rakyat yang ingin hidup aman harmoni, perbuatan zalim dan jahat tajaan Umno ini, mesti ditentang habis-habisan. Hanya orang-orang yang bodoh dan sombong serta berhati iblis saja mahu melihat perkara ini terus berlaku. “ANWAR TERPENJARA ATAU TIDAK,,, TIADA KEMENANGAN BUAT UMNO”
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan