Isnin, 30 Januari 2012

Isu NFC: Benarkah Mamat ini dikambing hitamkan ?

Belum pasti! Jangan terlalu yakin! Yang pasti usaha menyelamatkan Shahrizat dan NFC sedang giat dijalankan oleh Umno

Boleh dengar ! tetapi  terlalu percaya jangan!! Jangan percaya seratus peratus cerita Datuk Shamsulbahrin ini. Benarkah dia telah dikambinghitamkan? Meragukan !!   Kenapa lewat sangat baru nak cerita dia diugut oleh datuk NFC itu?

Berbagai helah dan seribu satu kemungkinan boleh berlaku. Lihat saja Raja Petra Kamarudin, lihat penyiasat persendirian Bala dan juga Nalakaruppan. Semuanya diperingkat awal  macam berpihak kepada Pakatan, tapi akhirnya membuat pusingan U. 
 
Bab-bab strategi untuk menipu ini Umno memang jaguh !  justeru berhati-hatilah !  Niat Pakatan nak mengheret penyeleweng kuasa kemuka pengadilan memang baik, tetapi biarlah ia dibuat dengan cukup waspada. Jangan pula sampai jadi seperti lebai malang atau si penangkap ayam,.. ayam terlepas tangan bau tahi.

Dalam isu panas NFC ini, tak mustahil Umno sedang all out !  Umno sedang berkerja keras demi nak menyelamatkan  keluarga Datuk Shahrizat dan NFC.  Paling penting nak menyelamatkan imej UMNO itu sendiri. Al maklum PRU ke-13 sudah hampir !! Pemimpin Umno tahu kesan isu NFC ini terhadap pilihanraya amatlah besar ! Kalau imej kerajaan tidak dibersihkan sudah pasti UMNOBN akan kalah teruk !

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan