Penipu biasanya resah, sebab itu pemimpin Umno kata tak boleh !, PDRM kata tak boleh ! Semuanya kerana takut yang amat sangat !! takut hilang kuasa !
Perhimpunan pada 9 Jan.2012 ini sebenarnya adalah satu perhimpunan aman yang tidak dilarang oleh undang-undang. Rakyat nak hadir beramai-ramai dengan tujuan untuk menunjukkan sokongan terhadap DS Anwar Ibrahim. Orang ramai tak perlu bimbang ! kerana penyokong Anwar bukan berhimpun untuk berperang atau merusuh !. seperti yang diwar-warkan oleh UMNO dan PDRM.
Umno sebenarnya takut hilang pengaruh dan kuasa, lalu mereka membuat kenyataan yang menakut-nakutkan rakyat. Untuk menguatkan hujah lapuk mereka, mereka gunakan polis. Maka berkokoklah PDRM, dengan berkata,…
Perhimpunan 901 ini tak ada permit polis !! .. Orang ramai dilarang menghadiri perhimpunan! Untuk mengelak kekacauan, orang ramai jangan berhimpun !,…..Demi keselamatan!, demi keselamatan, demi keselamatan !! Nak muntah mendengar skrip polis yang dah lapok dan berkulat ni !!! Setiap kali itulah bunyinya !
Salahkah rakyat nak sokong DS Anwar Ibrahim? Satu jenayahkah rakyat nak sokong ketua pembangkang yang jawatan itu setara dengan ketua kerajaan yakni Perdana Menteri Najib? Rakyat bukan nak sokong Chin Peng ketua parti Komunis Malaya atau Botak Chin ketua penjenayah paling dikehendaki satu masa dulu ! Rakyat nak sokong Anwar bukan semata-mata kerana dia bukan kaki liwat, tetapi kerana dia pemimpin jujur, dia pemimpin ikhlas, telus dan tidak rasuah. Ini sudah terbukti semasa beliau pernah menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri di era Mahathir dulu - rekodnya sangat bersih jika dibanding dengan pemimpin-pemimpin Umno lain. Begitu juga dengan prinsip dan roh Islamnya !,.., sangat cemerlang dan meyakinkan ! .
Umno nak halang rakyat sokong pemimpin yang baik ini kenapa? Sepatutnya Umno jangan halang ! Lebih baik fokus pada kerja-kerja munafik kesukaan Umno !. seperti merakam lebih banyak video seks ! atau mengarang cerita Liwat siri 3. Kalau ini dilakukan tentu ahli-ahli Umno suka, terutama Mahathir, Najib dan Muhyidin yang bakal menjadi perdana menteri akan datang.
Wahai pemimpin UMNO dan PDRM !,.. janganlah terus terusan bermain silap mata dengan rakyat. Hentikanlah lagak hero yang penuh kepura-puraan itu! Rakyat dah tahu!,.. rakyat dah sedar yang selama ini mereka diperbodohkan oleh pemimpin Umno yang pentingkan perut sendiri. Ayuh rakyat sekalian,.. kita keluar beramai-ramai pada Januari 9 nanti. Kita sokong kebenaran, kita sokong keadilan !,,.. kita tentang kezaliman, kita tentang penipuan dan kepalsuan !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan