Dua orang bersilat,. seorang bersenjata keris,. seorang tangan kosong, adilkah?
Sebaik saja mahkamah mengumumkan Anwar dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat Saiful, pemimpin-pemimpin Umno – mulalah berkokok memuji-muji mahkamah,..secara tak langsung mereka juga memuji kerajaan – masuk bakul angkat sendiri !!,..
“Lihat dunia !! Lihat ! Siapa kata mahkamah Malaysia tidak adil ? Konspirasi yang dilaung-laungkan Anwar hanya tuduhan untuk memburuk-burukkan kerajaan !!
Begitulah lebih kurang luahan atau komen dari mulut Najib,Tun Mahathir, Rais Yatim dan Ibrahim Ali Perkasa yang kita dengar semalam
Apa-apa pun, keputusan mahkamah membebaskan Anwar belum lagi membuktikan bahawa institusi mahkamah adalah adil dan bebas sepenuhnya. Masih banyak lompong dan kelemahan yang perlu ditangani segera bagi memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara. Kes DS Anwar adalah antara penghakiman yang mendapat liputan dunia, namun masih terdapat banyak kes-kes yang memerlukan pembelaan dan seringkali mencetuskan polemik kepercayaan rakyat. Kita mengharapkan ini sebagai satu pertanda dan permulaan yang baik
Perlu diingat ! ,. kepada PM Najib dan mana-mana pemimpin Umno sekali pun !. Jangan terlalu riak atau sombong dalam membuat kenyataan yang memuji kerajaan sendiri. Dosa dan kesalahan, ketidakbetulan memerintah selama ini bukanlah dapat dipadam dalam sekelip mata! Jangan anggap panas 50 tahun dapat disejukkan oleh hujan satu hari !
Bercakap soal pendakwaan Anwar di mahkamah khasnya Kes Liwat 1 dan Liwat 2. Beranikah kamu wahai pemimpin-pemimpin Umno mengaku bahawa Polis dan Mahkamah telah berlaku adil?? Rakyat menjawabnya tidak,! hanya pemimpin Umno mengatakan ya !! sebab, keadilan bagi Umno ialah keuntungan besar kepada diri sendiri, bukan meletakkan sesuatu itu ditempat yang hak !
Dalam kes-kes yang melibatkan Anwar,sama ada diluar atau di dalam mahkamah ! Pertuduhan dan perdebatan berlaku dalam suasana yang sangat tidak adil!! Ia ibarat dua orang sedang bersilat atau bergaduh ! Si A diizin bersenjatakan keris manakala Si B dengan tangan kosong ! Si A menikam B sepuas-puas, tetapi mujur Si B dapat mengelak dan menangkis !
Berjam-jam mereka bersilat. Akhirnya Si A gagal menikam atau membunuh Si B. A mengistiharkan perlawanan tamat lalu berkata ,…. “ Aku sebenarnya tidak zalim, kerana tidak mahu membunuh kamu yang tiada bersenjata !!. (sedangkan keris masih terhunus ditangan) Boleh percaya ke cakap-cakap orang macam ini??.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan