Ahad, 29 Januari 2012

Isu NFC : TIPU ATAS TIPU


Pencuri tuduh anak mencuri !

Cerita 1
Pada 30 Disember lalu, seorang bergelar, Shamsubahrin didakwa atas dua kesalahan menipu Datuk Mohamad Salleh Ismail sejumlah RM1.76 juta bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat.

Cerita 2
Dan,.. Mohd Salleh pula selaku pengerusi  NFC telah menipu rakyat apabila beliau  membelanjakan wang rakyat sejumlah RM 250 juta dengan sewenang-wenangnya seperti yang didedahkan oleh pembangkang.

Agak menghairankan,.. isu dah terbongkar hampir dua bulan tetapi kenapa baru sekarang pihak pengurusan NFC terhegeh-hegeh memanggil 12 NGO termasuk PERKASA  untuk sesi taklimat ?
 
Dan kalau Datuk Salleh (pengurusan NFC) tidak gentar,  kenapa beliau tidak turut sama hadir sidang video yang dipengerusikan oleh Ibrahim Ali itu?    Macam ada sesuatu !!!.

Cerita 3
Di dalam taklimat itu di antara isinya ialah,…Datuk Salleh ada memaklumkan bahawa, tanpa beliau sedari seorang kakitangan atau pegawainya telah melesapkan wang pungutan jualan sejumlah 1.7 juta, lalu pegawai  tersebut telah pun dipecat oleh NFC !  Maknanya apa yang berlaku disini ialah kakitangtan NFC sendiri telah menipu bosnya, yakni Datuk Salleh Ismail.

Nak menyedapkan cerita,  maka si mamat yang dipecat inilah yang telah menjual maklumat kepada pembangkang. Demikianlah adanya !  Apa-apa pun tak kisahlah dari mana pembangkang dapat maklumat tentang penyelewengan NFC itu. Yang rakyat nak kisah ialah berlaku penyelewengan dana sejumlah RM250 itu atau tidak !  Kalau pendedahan yang dibuat oleh pembangkang itu merupakan satu fitnah !,… KENAPA NFC TAK BERANI NAK BUAT REPOT POLIS ATAU SAMAN MALU  TERHADAP RAFIZI RAMLI / PEMBANGKANG ??

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan