Selasa, 31 Julai 2012

Puad ingat pemimpin Pakatan sama macam Umno


Jangan buat tuduhan mululu dan tak berasas wahai Puad Zarkashi. Peminpin PAS, PKR dan DAP tidak macam pemimpin Umno yang hidup sentiasa bergelumang dengan duit. . Kalau bercakap soal rasuah atau wang sogokan Umno lah juara,.. semua orang tahu !   Dalam kepala pemimpin Umno cuma ada wang!  wang!, wang!  Depa ingat orang lain sama macam depa!!

Justeru, perangai buruk Umno itu jangan lah dikaitkan dengan orang lain!  Sebagai timbalan menteri Pelajaran sepatutnya Puad perahlah otak sikit ! bagaimana hendak melahirkan pelajar dan jenarasi Malaysia yang berintegriti serta benci rasuah !  bukan seperti warisan Umno yang ada sekarang!  

Berbalik kepada hal Lajim tinggalkan BN !  Keputusan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort seterusnya bertekad meninggalkan BN Sabtu lalu.adalah wajar dan kena pada masanya! .  
 
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata,  beliau berbuat demikian semata-mata untuk negeri Sabah dan rakyat Sabah. Suara rakyat Sabah sudah lama dipandang sepi oleh UmnoBn sejak di zaman Mahathir lagi.

Tuduhan Puad yang mengatakan DS Anwar telah menawarkan wang kepada Dato’ Seri Lajim Ukin adalah tidak berasas dan kehabisan modal !  Umno masih menggunakan ungkapan busuk itu untuk menyedapkan hati sendiri.  Kalau benar Anwar suka main wang, takkan lah Zaharin, Gopala, Ezam dan lain-lain senang-senang tingalkan PKR!   Sah, dakwaan Puad terhadap Anwar,  ibarat mengata dulang paku serpih,.. mengata orang kami yang lebih !!  

Sepatutnya Fuad dan pemimpin tertinggi Umno bertanya kepada kepada diri sendiri, kenapa Dato' Lajim meninggalkan BN?  Alasannya tersangat kukuh dan manasabah !  permintaan rakyat dan pemimpin Sabah mesti didengar dan dilayan dengan baik,  bukan sebaliknya!

Sekarang ini oleh kerana pemimpin UmnoBn  mengambil sikap acuh tak acuh ! tunggu dulu!, sedang diteliti dan sebagainya  maka terimalah akibatnya !  Allah menurunkan musibah !  Ramai yang telah meningggalkan BN dan ramai lagi yang akan berbuat demikian. InsyaAllah BN akan tumbang bersama-sama pemimpinnya yang rakus dan angkuh!!!

Oleh : rahimothman

PRU dah dekat !.. insaflah wahai rakyat Malaysia !!


Jangan percaya “Janji ditepati” !!!   kenangilah rakyat yang diganasi !!
 
Beginilah sombong, rakus dan ghairahnya PDRM belaan Najib apabila berhadapan dengan rakyat yang menunjuk perasaan dengan tangan kosong!  (Untuk pengetahuan polis,. Tangan kosong bermaksud tidak memiliki apa-apa senjata)  Janganlah menjadi polis yang tidak berakal atau bodoh sombong!!  Nak tunjuk semangat keperwiraan pun biarlah bertempat !   Malulah! Kalau polis Malaysia di cop sebagai polis pondan !!  Lihatlah gambar diatas!,. lahapnya mereka mengheret, menyepak dan memukul mangsa  sedangkan  mangsa  tidak bersenjata,..jauh sekali untuk melawan ! 

Inilah malangnya menjadi rakyat Malaysia dibawah kerajaan BN,  kerana PDRM diberikan kuasa yang sebesar-besarnya untuk melanyak rakyat yang tak berdosa!  Anggota-anggota  PDRM ini bertindak bagaikan sekumpulam robot yang sudah diarah oleh tuannya! Atau boleh juga dikatakan seperti orang dirasuk syaitan !  Kalau beginilah,  memang ada persamaan polis Malaysia dengan polis Israel !!   Inikah yang dikatakan “1 Malaysia”? “Wasatiyah” “janji ditepati” ?

Ini baru secebis,.. banyak lagi sebenarnya ! rakaman-rakaman yang memaparkan keganasan polis terhadap rakyat,.. ada diantaranya yang amat menyentuh hati.  Terima kasih kepada wartawan, juru-jurufoto, sama ada yang profersional mahupun amatur di atas kecekapan mereka mengambil gambar-gambar tersebut.  Masihkah rakyat Malaysia tak sedar lagi, betapa kejam dan zalimnya rejim UMNOBN? 
Oleh : rahimothman


Isnin, 30 Julai 2012

UmnoBn sudah dilenyek-lenyek oleh Lajim & Wilfred


Najib sesak nafas,. BN Sabah bakal tumbang !!
 
Kelmarin satu berita gempar menghiasi dada akhbar dan  laman-laman blog, dimana dua ahli parlimen Sabah ( Tuaran dan Beaufort)  diberitakan telah meninggalkan BN dan akan bersama PAKATAN RAKYAT !   Menurut mereka, punca berbuat demikian ialah kerana sudah terlalu bosan dengan BN yang tidak menepati janji dalam banyak isu!,.  terutama isu pendatang asing di Sabah !

Peristiwa “selamat tinggal BN” ini sudah pasti menjadikan pening kepala Najib bertukar kepada  pitam !! silap-silap haribulan boleh sampai ketahap sawan babi!  Najib betul-betul sudah terkena pukulan KO dari rakan kongsinya sendiri.

Bendera BN dan muka Najib sekarang ini bagaikan sedang dilenyek-lenyek oleh dua wakil BN dari Sabah itu. Nampaknya semakin tercari-carilah Najib akan tarikh pilihanraya yang sesuai!  Yang pasti mana-mana tarikh pun BN tetap akan tumbang !!!

Oleh : rahimothman

Ahad, 29 Julai 2012

Hari Kebangsaan seolah-olah UmnoBn punya!!


Tema tangkap muat, Logo macam kandang lembu,.. lirik bau longkang !!
 
Logo hari kebangsaan tahun ini tak ada kelas langsung!  Siapa yang cipta  wallahhua’lam,  dah tak ada idea lagi ke?  Bentuknya sudah le tidak ada ciri-ciri dainamik , terlalu simple pula,.. macam kandang lembu tak siap !  dan standardnya, mungkn setaraf hasil kerja murid tahun enam saja,.. kah!  kah!  kah!!

Ini pula sikap ambil mudah kerajaan Najib. Mereka memilih  jalan paling singkat dengan mengambil  slogan parti mereka  “Janji Ditepati “  sebagai tema hari kebangsaan.. Jelas ini satu tindakan tidak wajar dan ada unsur-unsur penipuan !   Ungkapan janji ditepati terlalu jauh dari cerminan semangat kemerdekaan !

Sambutan hari kebangsaan ini ialah untuk seluruh rakyat,.. bukan untuk parti UmnoBn saja.  Sepatutnya kerajaan Najib memilih kata-kata yang bersifat universal / umum, bersemangat dan ada unsur patriotik!!  untuk dikhayati oleh seluruh rakyat !  bukan seperti apa yang dibuat oleh kerajaan UmnoBn sekarang ini,.. sungguh bengong dan kurang sopan!!   Kalau soal-soal macam ini pun pemimpin Umno begitu dangkal,. Tak tahu lah apa nak jadi,.. mungkin pertanda UmnoBn dekat nak khojol agaknya!!                                                                                                                                                                
Dan ini pula tentang lirik lagu temanya,.”Janji Ditepati” yang khabarnya ditulis oleh Dato Seri Rais Yatim sendiri. Hai !,  dah tak ada penulis berbakat lagi kah kat negara kita ini?  . Apakah Rais sengaja nak tunjuk hebat ?  Aalahai,.. hancur !!!  Liriknya,.  bunyi macam sedap tapi berbau longkang !!   macam memaksa rakyat aje !   Mari kita lihat liriknya,...

oleh : rahimothman



Sabtu, 28 Julai 2012

Mahukah rakyat Kedah terima keturunan Kutty ?


Mamat kepala licin ini ada hati nak jadi MB Kedah?
 
Tak mustahil keturunan Kutty boleh jadi MB!.  Kalau ikut stail, sikap atau rukun rukun parti Umno, depa peduli apa!  Haram jadi halal pun mereka boleh buat,  inikan pula soal begini!  

Ikut sejarah,..Umno dulu pun asalnya untuk orang Melayu, tapi akhirnya demi kepentingan politik depa iktiraf semua bumiputera boleh masuk Umno,…last-last mamak Penang pun habis depa bagi masuk Umno! 
 
Senario ini telah menyebabkan mamak Penang dah tak mahu mengaku mamak lagiI, sebaliknya lebih berbangga dengan identity Melayu !  Maka  identiti sebenar Umno dan Melayunya  dah jadi cacamarba   Umno asal sudah lama berkubur,  Umno baru pula semakin sesat dan merapu ! Fitnah dan seks menjadi asas atau makanan harian dalam perjuangan mereka !!

Apa nak heran ini semua !  Dalam Umno semua boleh berlaku!  Demi untuk mempertahankan politik dan kuasa apa saja mereka sanggup ubah dan lakukan !!  Kalau penjawat Sultan yang menjadi ketua agama pun mereka tak ambil peduli taat agama ke atau tidak,  apa sangat dengan Menteri Besar !  Keturunan kaki betina ke!,  keturunan tokeh judi ke,  keturunan tokeh arak ke !  itu tak kisah,.. janji mereka boleh pakai songkok dan baju Melayu, boleh mengucap dua kalimah syahadah dan boleh sembahyang sikit-sikit !!  kira ok lah!

Apa-apa pun kita tunggu dan lihatlah nanti !  Andaikata Umno dapat menawan semula negeri Kedah dalam PRU ke-13 ini nanti,  apakah orang Kedah mahu bermenteri besarkan spesis dari keturunan Kutty ini atau bagaimana? Kalau Pakatan Rakyat masih kekal,  maka kempunanlah anak kesayangan Mahathir cucu Kutty ini !!

Oleh : rahimothman

Najib yang tak boleh tidur !!

 
Najib Tun Razak ketika ini benar-benar serba tak kena, kekiri salah, kekanan salah, kedepan salah dan kebelakang pun salah,  Ranjau dan duri mengelilinginya !  Setelah 3 kali gagal mengumumkan tarikh PRU ke-13,   hari ini dia masih tercari-cari tarikh mana yang sesuai, namun masih gagal. 

Pilih lah mana-mana tarikh pun menjelang April 2013,  semuanya sudah menjadi milik parti Pakatan Rakyat !!  Walau bagaimana pun Najib dinasihatkan, agar bersedia untuk menerima kekalahan, jangan paksa rakyat yang dah tak sudi !!  Dan jangan sekali-kali Najib cuba nak meniup bara 13 Mei yang kian terpadam !  Najib tak perlu risau lebih-lebih ! Yang nak memerintah bukan komunis!, tapi bangsanya sendiri !
Oleh : rahimothman

Jumaat, 27 Julai 2012

Di sebalik ucapan berbisa Najib,..


Apa jaminan peristiwa berdarah 13 Mei tidak berulang?
 
Peristiwa pertama   :  Suatu ketika dulu semasa Najib menjadi Ketua Pemuda Umno,  dan berucap dalam satu majlis “Perhimpunan Khas Pemuda Umno peringkat Kebangsaan”  di mana  Najib pernah berkata,……                   “Kita akan mandikan keris ini dengan darah orang Cina !! “  Wow ! dasyat!!,.. mungkin tujuannya untuk menaikkan semangat pemuda,  tetapi jelas,. ia amat keterlaluan !  Siapa yang berani tegur?  Tak ada siapa,  sebab pada masa itu . Pemuda Umno berlagak macam Raja, dan ada ketikanya berlagak samseng !

Peristiwa kedua   :  Rakyat tidak akan lupa ucapan berbisa Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO dua tahun  lepas bahawa UMNO akan mempertahankan kubu mereka di Putrajaya dengan berkata       "Biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa,.. Putrajaya tetap akan kita pertahankan" Maksud kenyataan ini ialah sanggup bertumpah darah atau mati.    Isy !!  isy!!  Takkan sampai macam itu sekali?. Yang nak ambil alih kerajaan pun bukan orang Singapura,  bukan orang Indonesia mahupun rakyat Thailand!,, tetapi rakyat Malaysia sendiri !  sebangsa pulak tu!   Jadi apa masaalahnya?

Kedua-dua ucapan di atas,   benar-benar keluar dari mulut seorang manusia bernama Mohd Najib bin  Abd.Razak.  Beliau sedar atau tidak, sengaja atau tidak,!  kata-katanya itu tetap merupakan ugutan kepada rakyat Malaysia khasnya orang bukan Melayu !! . Justeru,  siapa yang berani beri jaminan bahawa peristiwa berdarah 13 Mei tidak akan berulang?.  Dato’ Seri Najib sepatutnya jujur kepada diri sendiri !  Jangan paksa rakyat menyokong partinya lagi jika mereka memang tak mahu !  Mengaku dan redhalah menerima kekalahan seandainya itu berlaku dan itu kehendak rakyat!  Jangan sekali-kali mempertaruhkan “ulangan peristiwa 13 Mei”  semata-mata untuk mempertahankan kuasa !

Kepada Dato’ Seri Najib !!  Kami mencabar Dato’ Seri !  Kalau Dato’ seorang pemimpin bermaruah, bertanggung jawab,  jujur dan gentleman,…. berilah jaminan yang pertumpahan darah tidak akan berlaku jika BN tewas dalam PRU kali ini.  Peristiwa 13 Mei jangan disebut-sebut lagi.  Sanggupkah Dato’?  atau Dato’ masih berpegang dengan dua kenyataan berbisa Dato’ itu?   

Oleh : rahimothman

Khamis, 26 Julai 2012

ISA dah hapus? Atau hanya sandiwara?

  
Benarkah akta ISA sudah dihapuskan atau ia hanya mainan politik BN?  Memang kita ada mendengar,  Najib ada menyebutnya di majlis-majlis tertentu termasuk di parlimen!.  Kononnya ISA sudah pun diganti dengan satu akta baru yang lebih baik tetapi khabarnya akta baru itu lebih teruk dari ISA yang sedia ada.

Apa-apa pun kita merasa kesal kerana pengumuman Najib tentang penghapusan ISA ini dibuat macam  melepaskan batuk ditangga saja. Pengumuman itu seolah-olah untuk pengetahuan parti pembangkang saja! Kenapa tidak dihighlightkan secara berterus-terang,  telus yang lebih meluas untuk pengetahuan umum? Najib bagaikan ada menyimpan muslihat tertentu !!

Seperti yang kita maklum, memang ada tahanan yang sudah dibebaskan,.. tetapi kalau akta ISA sudah dihapus kenapa masih ada 45 orang yang ditahan di Kem Tahanan Kemunting Taiping? Menurut laporan keluarga mangsa sudah bertalu-talu mengadap, menyembah dan melutut kepada pihak berwajib untuk di lepaskan mangsa-mangsa tersebut, tetapi ia berakhir dengan kehampaan.

Ibu, ayah, isteri dan seluruh keluarga mangsa sampaikan kekeringan air mata menangisi orang tersayang yang didera oleh pegawai kem tahanan yang tidak berhati perut,.  Mengharapkan Hishamudin menteri yang bertanggung jawab dan mempunyai kuasa untuk membebas, juga kecewa !  Ia bagai menunggu buah tak gugur!  Kasihaann !! begitulah derita yang di tanggung oleh mangsa dan keluarga mereka!!

Ayuh seluruh rakyat Malaysia.  Kita buang kerajaan zalim ini!,..kita runtuhkan kerajaan yang rasuah! Kita sudah sekian lama ditipu oleh kerajaan yang hanya berpura-pura,  hakikatnya mereka lebih ghairah mengisi poket sendiri dan kroni !! . Dalam PRU ke-13 nanti, jom  kita  X calun Pakatan Rakyat!!

Oleh : rahimothman

Kerajaan Harus minta Maaf


Mahkamah sudah pun membuat pengesahan bahawa “BERSIH” bukan pertubuhan haram, Namun walaupun agak lewat sikit pengistiharan ini,  nasi masih belum menjadi bubur !!! 

Perjuangan BERSIH dirasakan sudah  sedikit terbela,.. kesakitan dan kepedihan peserta BERSIH bagaikan baru mendapat ubat penawar ! Dan adalah diharapkan pihak berwajib akan benar-benar bertanggung jawab selepas ini. Kepada yang cedera wajar diberikan pampasan!!
 
Sebagai satu pengajaran,, lain kali kerajaan jangan  ‘serkap jarang’ atau menghukum sebelum sesuatu perkara itu diputuskan bersalah,  kerana itu adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika.  Dalam hal ini,  terlajak perahu boleh diundur,  terlajak kata dan perbuatan  siapa yang tanggung?? Tak pasal pasal rakyat yang tanggung!!

Kerajaan perlu belajar dari kesilapan ini dengan memohon maaf kepada penggerak BERSIH serta seluruh peserta perhimpunan BERSIH di atas tindakan kasar, ganas dan keterlaluan yang dilakukan oleh pihak PDRM  dalam semua perhimpunan BERSIH sebelum ini.  Kalau tidak,  kerajaan Najib akan selama-lamanya dicop oleh rakyat sebagai kerajaan yang zalim, pembohong  dan sombong!

Sanggupkah Najib selaku Perdana Menteri  dan Hishamudin selaku bos Kementerian Dalam Negeri yang bertanggung jawab tentang perilaku polis  meminta maaf kepada 28 juta rakyat Malysia?  Kita nak tengok beranikah dua menteri sepupu ini mengambil sikap gentleman !
Oleh : rahimothman

Rabu, 25 Julai 2012

Kenapa Abby cakap sikit aje,. AC nak melenting?

Khabarnya Dato’ AC Mizal Saudagar gelang ajaib    merangkap pengacara Raja Lawak  yang pernah berlakun drama polis  “Gerak Khas” terasa hati dan marah pada Abby Abadi.  

Abby yang baru saja menyertai PAS,…kononnya ada menghina dan mengutuk pihak polis !  khususnya ketika bersama GMI di depan Kem Tahanan ISA Kem Kemunting Taping baru-baru ini.  AC Mizal yang kebetulan anak seorang anggota polis, merasa tak puas hati dengan kenyataan Abby lalu mencabarnya berdebat secara terbuka.   

Hoi Dato’ AC !!! kamu ingat Abby terkonteng-konteng seorang diri sajakah ketika beliau membuat bantahan tahanan ISA itu?. Beratus,.. mungkin beribu peserta yang hadir dato’ tahu?   termasuk ketua Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).  Sehubungan itu,  yang patut Dato’ cabar berdebat dengan Dato'  ialah ketua GMI itu,.. bukan Abby Abadi !  bukan seorang wanita ayu dan lembut tetapi berani berdiri di tengah panas semata-mata menuntut keadilan sebenar. 

Apakah Dato' tidak faham makna keadilan? Kalau tak faham tanyalah DBP atau masuk sekolah balik!  Seluruh rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan, lebih-lebih lagi  mangsa tahanan ISA yang khabarnya teruk didera !!.  Hidup ini,  jangan asyik mengampu saja untuk mendapat kesenangan!   Yang betul katalah betul, yang sumbang katalah sumbang, yang salah katalah salah!!  Tabiat mengampu ini biasa sangat bagi ahli-ahli Umno dan penyokong tegarnya!   Mungkin dan barangkali,.. Dato' juga adalah salah seorang mengampu kuat Umno ?.

AC tak cukup popularkah?  Nak cari publisiti murahan !!!
Tak kisahlah Abby Abadi sudah menyambut cabaran AC Mizal atau tidak,  tetapi yang kita nak persoalkan,… kenapa AC marah sangat dengan bekas rakan artisnya itu?  Abby Abadi bukanlah manusia pertama yang mengutuk kerakusan dan keganasan polis!  Sudah terlalu banyak individu dan pihak-pihak lain berbuat demikian sebelum ini,.. kenapa AC tak pernah tunjuk rasa bengang atau marahnya?  Bukankah media-media Umno merupakan media sensasi yang sentiasa bersedia untuk menyiarkan kenyataan-kenyataan bodoh dan sumbang  penyokong totok Umno termasuk anda?

Wahai Dato’ AC Mizal? Apakah anda baru sedar yang anda sebenarnya sedang mencari publisiti murahan? Apakah anda merasakan yang diri anda tidak cukup popular ketika ini?  Malulah Dato’ !  malu!  Apa tak malunya,..seorang Dato’ glamour  hanya berani tunjuk lagak dan ranggi kepada seorang wanita !!!

Oleh : rahimothman

MEDIA, PDRM dan Menteri KDN insaflah !!


lepas ini jangan lagi jadi bangang !!

Kelmarin,  Mahkamah Tinggi Kuala LumpUr secara prinsipnya telah mempertahankan hak untuk berhimpun,  berpersatuan  atau gabungan yang diinisiatif oleh NGO (badan bukan kerajaan).

Jadi selepas ini mana-mana persatuan atau badan NGO tidak perlu risau lagi apabila mengadakan himpunan aman yang bertujuan menegakkan kebenaran, keadilan serta memberi manafaat kepada orang ramai.                                               Tahniah kepada pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk Samad Said kerana berani dan bersungguh-sungguh dalam mengetuai BERSIH  untuk menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya!!  Perhimpunan aman yang dibuat oleh BERSIH tempoh hari tidak sis-sia!   Dan keputusan Mahkamah Tinggi KL  membatalkan  pengisytiharan  Menteri Dalam Negeri bahawa gabungan Bersih sebagai pertubuhan ‘haram’ adalah sangat wajar dan tepat !  Dengan itu,  sah, gabungan BERSIH adalah halal,.. bukan pertubuhan haram!

Selepas ini hendaknya janganlah lagi pihak MEDIA dan PDRM termasuk pemimpin Umno membuat tohmahan melulu setiap kali NGO mengadakan himpunan aman. Hentikanlah tuduhan berniat jahat kononnya BERSIH nak merusuh,  BERSIH didalangi komunis dan sebagainya.  Kepada pihak polis,.. cukuplah.segala provokasi yang kalian dah buat selama ini.  Sedar dan insaflah !!  bahawa apa yang diperjuangkan dalam BERSIH itu demi kepentingan rakyat Malaysia termasuklah keluarga dan masyarakat PDRM sendiri ! 

Oleh : rahimothman


APA DISEBALIK KEJADIAN INI?


Terlalu laju?  Cuai !, tidak berhati-hati atau ada sebab lain?,  maka Toyota Vios ini boleh terbabas dan melambung ke atas lereng bukit?

Kemalangan ini berlaku  di Jalan Nitar - Mersing, Johor.  Alhamdulillah,. Mujur wanita berbaju hijau (dalam gambar) yang memandu kereta ini  selamat, tanpa mengalami kecederaan serius.   Siapa yang telah menyelamatkannya? Sebagai manusia muslim yang beriman sudah tentu kita percaya hanya DIA yang maha penyelamat, maha berkuasa! Bukan kerana kekuatan kereta Toyota Vios !
 
Mengikut lojik akal, tak mungkin kereta ini boleh terbang!!  Tetapi penerbangan sudah pun berlaku,  walaupun bukan dengan kehendak pemandunya.  Apa sebenarnya pengajaran disebalik kejadian ini ?  Sudah tentu Allah nak memberitahu atau menyedarkan hamba-hambanya.  Kesedaran apa?   Contoh ,..hidup ini jangan terlalu sombong, jangan menganggap diri kita terlalu besar,  terlalu kuat,  terlalu berkuasa,.. hingga melupakan kuasa Allah.  Allah lah  yang paling berkuasa.  Tidak ada yang mustahil,.. semuanya boleh berlaku jika Allah izinkan!
Kejadian kereta terbang atau panjat bukit ini mungkinkah mengambarkan Pakatan Rakyat  akan berjaya mendaki dan menduduki  PUTRAJAYA?   Boleh jadi,.. besar kemungkinan,.. Insyaallah.  Usaha yang ikhlas dan bersungguh-sungguh sudahpun Pakatan Rakyat lakukan.  Seterusnya mari kita berdoa dan bertawakkal !!   Dengan berkat doa rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman dan mereka yang pernah dizalimi,  lebih-lebih lagi kezaliman ISA,  mudah-mudahan BN akan tumbang!!l  !

Oleh : rahimothman