Isnin, 2 Julai 2012

Takutkan PAS,. Umno cadang Hudud di Johor?


Apabila pilihanraya dah dekat macam-macam boleh berlaku!  apa-apa saja boleh terjadi!  tetapi takkan kerana takutkan PAS berkembang di Johor, maka Umno Johor tiba-tiba mahu laksanakan Hudud di Johor?  Pelik bunyinya!!

Seperti yang dilaporkan,..tak semena-mena seorang ADUN Umno dari Johor mencadangkan agar Umno melaksanakan hukum Hudud di negeri kelahiran Umno itu. Dan bertambah-tambah pelik, apabila hukum Hudud itu mahu turut dikenakan keatas orang bukan Islam,  sedangkan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak melibatkan orang bukan Islam. Barangkali inilah istimewanya Hudud ala Umno,..hebat, hebat!! 

Benar dan ikhlaskah Umno nak melaksanakan hukum Allah ini di bumi Johor?  Ish!  Ish!  jika mengharamkan judi  dan arak pun takut-takut, bahkan hukum Islam paling mudah, bab menutup aurat pun Umno sangat engkar, lojikkah Umno mahu laksanakan Hudud?  Rasanya ini hanya helah atau tektik Umno saja kut!? !!  al maklum!, PRU dah dekat!.  pengaruh PAS pula sudah semakin kuat di Johor !

Maka dengan berbuat demikian Umno mengharapkan  pengaruh PAS akan dapat disekat di Johor!  Menurut si ADUN Umno itu lagi orang bukan Islam hendaklah diberi kefahaman secukupnya  tentang Hudud!.  Alahai,! biasalah tu!  Sebelum ini pun PAS dah buat semua tu,  dan ramai orang bukan Islam sudah mulai faham tentang Islam, tentang Hudud!  Sebab itulah hari ini ramai orang bukan Islam menyokong perjuangan PAS dan menolak perjuangan Umno!. 

Hudud itu hukum Islam,..hanya untuk orang Islam !
Apa-apa pun,  kepada ADUN Umno tersebut !!  ingatlah !   Memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum Hudud,  bukan bererti memaksa mereka menerima hukum Hudud.  Samalah dengan memahamkan mereka tentang ibadah puasa.  Kita beri mereka faham, apa larangan-larangan semasa berpuasa,.. tetapi kita tidak boleh memaksa mereka berpuasa !  Kalau mereka tidak berpuasa, kita tidak boleh menghukum mereka,. Sebab, mereka bukan muslim!  Begitulah juga dengan Hudud !

Hudud itu ialah  hukum yang terdapat dalam Quran.  Ia hukum Islam dan hanya untuk orang Islam. Takkan kita nak paksa orang bukan muslim berpuasa atau kenakan mereka dengan apa-apa hukuman Hudud,..tidak masuk akal langsung!  .Orang Umno kalau bercakap,  berpijaklah dibumi nyata.  Jangan terlebih perasan atau syok sendiri !!!
Kesimpulannya,. mustahil orang bukan Islam mahu menerima hukum Hudud ala Umno itu!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan