Rabu, 25 Julai 2012

MEDIA, PDRM dan Menteri KDN insaflah !!


lepas ini jangan lagi jadi bangang !!

Kelmarin,  Mahkamah Tinggi Kuala LumpUr secara prinsipnya telah mempertahankan hak untuk berhimpun,  berpersatuan  atau gabungan yang diinisiatif oleh NGO (badan bukan kerajaan).

Jadi selepas ini mana-mana persatuan atau badan NGO tidak perlu risau lagi apabila mengadakan himpunan aman yang bertujuan menegakkan kebenaran, keadilan serta memberi manafaat kepada orang ramai.                                               Tahniah kepada pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk Samad Said kerana berani dan bersungguh-sungguh dalam mengetuai BERSIH  untuk menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya!!  Perhimpunan aman yang dibuat oleh BERSIH tempoh hari tidak sis-sia!   Dan keputusan Mahkamah Tinggi KL  membatalkan  pengisytiharan  Menteri Dalam Negeri bahawa gabungan Bersih sebagai pertubuhan ‘haram’ adalah sangat wajar dan tepat !  Dengan itu,  sah, gabungan BERSIH adalah halal,.. bukan pertubuhan haram!

Selepas ini hendaknya janganlah lagi pihak MEDIA dan PDRM termasuk pemimpin Umno membuat tohmahan melulu setiap kali NGO mengadakan himpunan aman. Hentikanlah tuduhan berniat jahat kononnya BERSIH nak merusuh,  BERSIH didalangi komunis dan sebagainya.  Kepada pihak polis,.. cukuplah.segala provokasi yang kalian dah buat selama ini.  Sedar dan insaflah !!  bahawa apa yang diperjuangkan dalam BERSIH itu demi kepentingan rakyat Malaysia termasuklah keluarga dan masyarakat PDRM sendiri ! 

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan