Tak tahu beza antara taksub, kagum dan kasih !
Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad yang mendakwa rakyat Kelantan terlalu taksub kepada YAB Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat adalah keterlaluan dan ia semacam satu penghinaan terhadap rakyat
Kelantan. Sebagai seorang ulamak, juga seorang menteri Besar sudah tentu Tuan
Guru wajib memperlihatkan sesuatu yang terbaik kepada seluruh rakyatnya..
Inilah yang telah dilakukan oleh TG Nik Aziz selama ini.
Rakyat Kelantan bukan “taksub” tetapi “kagum
dan kasih” kepada Nik Aziz. Tidak tepat dan tidak wajar DrM menuduh
rakyat Kelantan taksub atau menyanjungi Tuan Guru secara membabi buta. Kalau
DrM tak mampu untuk menjadi seperti Nik Aziz eloklah diam saja dan muhasabah
diri !
Menurut DrM lagi ketaksuban rakyat Kelantan kepada
Nik Aziz, telah menyukarkan BN untuk merampas kembali negeri Kelantan. Ha,ha!
tahu tak apa! Niat Tun dan Umno nak tawan
semula Kelantan dengan berbagai tektik kotor amat difahami oleh rakyat Kelantan, sebab itu
Umno gagal! Kalian merancang, Allah juga
merancang! namun perancangan Allah lah
yang lebih baik seperti yang dilalui oleh negeri Kelantan sebelum dan ketika
ini.
Begitulah hakikatnya bahawa rakyat Kelantan bukan seperti
yang dituduh Mahathir, kerana rakyat Kelantan lebih matang berpolitik dan tahu
perkembangan politik tanah air. Sebenarnya Mahathir
tidak faham istilah taksub dengan kasih. Rakyat Kelantan amat kasih dan mengkagumi
kepemimpinan TG Nik Aziz yang begitu zuhud, sederhana, amanah, berintegriti dan
warak itu. Sebagai seorang ulama’ merangkap pemimpin nombor satu di
Kelantan, watak dan keperibadian beliau
yang tinggi bukanlah dibuat-buat, sebaliknya ia
bertitik tolak dari ilmu dan sifat ketaqwaan beliau.
Untuk renungan : Pernahkah kita mendengar kisah penyalahgunaan kuasa semasa pemerintahan TG Nik Aziz? Pernahkah beliau mementingkan kroni, mengkayakan diri sendiri dan keluarga? Mengambil rasuah atau menyalahguna kuasa? Jauh sekali ! Sedarkah DrM yang Nik Aziz tidak tinggal di rumah kediaman rasmi MB yang indah dan serba lengkap itu? sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang serba sederhana?
Untuk renungan : Pernahkah kita mendengar kisah penyalahgunaan kuasa semasa pemerintahan TG Nik Aziz? Pernahkah beliau mementingkan kroni, mengkayakan diri sendiri dan keluarga? Mengambil rasuah atau menyalahguna kuasa? Jauh sekali ! Sedarkah DrM yang Nik Aziz tidak tinggal di rumah kediaman rasmi MB yang indah dan serba lengkap itu? sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang serba sederhana?
Bab makan pula, TG Nik Aziz tidak kekok makan minum dan
bermesra dengan rakyat di mana sahaja, termasuk di gerai atau di kedai biasa.
Makan nasi bungkus dan minum air dalam palastik tak jadi masaalah langsung bagi
Tuan Guru!! Belum lagi bab kuliah
percuma yang dibuatnya saban hari serta sumbangan-sumbangan peribadinya yang
terlalu banyak untuk negeri dan rakyat Kelantan!
Kalau Mahathir rasa TG Nik Aziz lah penyebab BN
susah nak dapat balik Kelantan,..eloklah Mahathir cari bomoh Siam ke, bomoh Malaya ke untuk buat sesuatu!! Tak usahlah
Mahathir nak malu, sebab semua orang sudah tahu yang orang Umno memang suka
main bomoh !! Masih ingatkah kita kisah
ADUN Pahang dikerat 18 kerana terlalu percayakan bomoh satu ketika dulu?
Oleh : rahimothman
Entah lah Dr. M ni dah nyanyuk dah kot. Aku rasa bukan rakyat Kelantan je, rakyat negeri lain juga kagum dan kasih kepada Nik Aziz.
BalasPadamAku sebelum ni turut mengkagumi dan kasih kepada Dr. M atas pembangunan, ideologi dan misi beliau. Masa mematangkan aku. Sedikit demi sedikit aku melihat kerosakkan yg berlaku di bawah pimpinan Dr. M, UMNO dan BN. Paling besar kerosakkan yg berlaku di Sabah. Kerosakkan ini membawa aku utk melihat siapa Nik Aziz dan PAS serta Pakatan Rakyat. Satu persatu aku lihat kebaikan yg diperoleh rakyat negeri dibawah pimpinan mereka. Tidak hairanlah jika ada rakyat Sabah spt aku juga ada yg mengasihi dan kagum dengan Nik Aziz. Aku yakin lebih ramai lagi yg mempunyai pendirian sama spt ku di negeri2 lain di luar Kelantan.
Dr. M cuba menghasut org lain melalui statementnya. Maklumlah apa yg dikatanya akan keluar TV. Org kampung, kwsn xde internet, kwsn yg x msuk akhbar2 selain akhbar perdana boleh la kne tipu. Org2 terpelajar, golongan bandar dan cendiakiawan takkan mudah terpedaya.