Semua orang tahu PRU ke-13 sudah tersangat hampir ! tetapi kalau ya pun PDRM cuba-cuba nak membantu UMNO untuk mendapat sokongan dalam pilihanraya nanti janganlah nampak-nampak sangat! Jelas pada pandangan umum dakwaan PDRM itu bersifat kotor dan busuk!
Dakwaan yang mengatakan pengaruh JI dan
komunis sudah meresap kembali dalam arus politik Negara dilihat tidak logik, malahan berniat jahat. Ia
amat sukar untuk dipercayaai, sebaliknya
boleh menjadi bahan persendaan rakyat !.
Banyak pihak terutama parti-parti
pembangkang telah melontarkan bantahan
terhadap dakwaan PDRM. Mereka mencabar agar PDRM menunjukkan bukti dan fakta
yang jelas. Kalau menuduh tanpa bukti siapa pun boleh! Samalah taraf PDRM dengan murid sekolah
rendah!
Lepas satu, satu, PDRM membuat
dakwaan tidak masuk akal ! Mari
kita imbau kembali beberapa kenyataan lucu yang dibuat oleh pihak
atasan polis,.Contoh -.Mereka menuduh peserta BERSIH mahu membuat kacau
dan huru-hara hanya bersenjatakan air menural dan garam. Kemudian baru-baru ini tentang statistik kadar jenayah. Mereka mendakwa kadar jenayah semakin menurun, walhal semakin meningkat dan menjadi-jadi. Begitu selamba dan bersahaja mereka membohongi rakyat !!
Terbaru,.. ada laporan akhbar mendakwa
kononnya pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan komunis cuba meresapi Pakatan
Rakyat. Menurut laporan itu lagi PDRM
mendedahkan bahawa terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan
dengan gerakan komunis sedang berusaha menyerap ke dalam parti politik
pembangkang seterusnya cuba menjadi calon PRU akan datang.
Aduh!
Aduhh ! melampau sungguh dakwaan PDRM!, namun orang ramai tahu tujuan apa laporan
ini dibuat. Sudah tentu untuk menghalalkan tindakan yang mungkin
boleh diambil oleh PDRM pada bila-bila masa. terhadap pembangkang kelak. Nampaknya setiap kali hampir
pilihanraya UMNO PDRM masih memainkan lagu lama!, tektik yang sama! Tak malukah
PDRM membuat kenyataan-kenyataan bodoh dan bebal begitu? Hairan kita!, agaknya apalah jenis beras yang dimakan
oleh orang UMNO dan PDRM,.. sehingga menyebabkan hati-hati mereka menjadi hitam
lebam, busuk dan kotor, hampir tidak
boleh mengenal antara lembu dengan babi !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan