Selasa, 3 Julai 2012

Najib tipu keluarga Beng Hock


Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul !  Kasihann !! apalah kesudahannya nasib keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang mati dibunuh semasa berada di pejabat SPRM!

Pelik bin Ajaib !!  Kejadian bunuh berlaku di bangunan SPRM!. Beng Hock cuma seorang saksi dalam satu kes rasuah dan keselamatan beliau semesti dijamin oleh SPRM,  tetapi  amat malang,.. amat menyedihkan, apabila SPRM tidak bertanggungjawab dan tidak mahu bertanggungjawab!   SPRM memberi berbagai alasan yang mereka tidak terlibat, walaupun pada ketika kejadian,  mendiang berada dalam kawalan mereka. Barangkali yang terlibat ialah hantu-hantu belaan SPRM!!  .

Dua tahun sebelum ini, PM Najib Razak pernah berjanji kepada keluarga ini, malah mengumumkan secara terbuka, bahawa beliau akan sedaya upaya menyiasat apa yang berlaku sebenarnya dalam kejadian kematian Beng Hock. 

Mengimbau kembali janji Najib,.. pada ketika itu Najib cuba menunjukkan yang beliau benar-benar bersimpati,. Beliau cuba meyakinkan keluarga Beng Hock seolah-olah beliau merasa sangat bertanggung jawab di atas kematian mendiang. Najib juga pernah berikrar bahawa mereka yang bersalah akan dihukum, dan tidak akan dilepaskan sewenang-wenangnya. 

Ikrar tersebut masih terngiang-ngiang di telinga keluarga mendiang, namun PM Najib pula tetap kelihatan bagai melepaskan batuk di tangga dalam menyelesaikan kes ini!. Kaum kerabat Beng Hock sesungguhnya amat terkilan dengan kesudahan sedemikian. Peringatan buat Najib dan BN! – Jangan cuba melenyapkan isu ini dari memori rakyat!!   Kalau Najib masih nak main-main, perlekeh dan tipu rakyat,.. tunggulah nasib kamu dalam PRU nanti!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan