Khamis, 5 Julai 2012

Ayuh FAM, protes Myanmar ! jangan bersikap acuh tak acuh!!


Skuad bolasepak  Bawah 22 tahun bimbingan Ong Kim Swee di kelayakan piala AFC 2013 sudah berusaha keras, namun nasib tidak menyebelahi mereka, apabila tewas kepada tuan rumah Myanmar 1-2. Ini bermakna Malaysia  tidak layak ke pusingan akhir yang akan diadakan tahun depan 2013.

Tetapi disebalik kekalahan pasukan Malaysia, kita dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa Myanmar menurunkan pemain melebihi had umur 22 tahun!

Apakah dakwaan yang dibuat oleh kem Malaysia ini benar? Kalau benar,  FAM seharusnya tidak teragak-agak untuk membuat bantahan kepada AFC mahupun FIFA. Jangan mengambil sikap acuh tak acuh,. dengan membiarkan tuan rumah bertindak sesuka hati,  bertindaklah!  kerana ada saluran undang-undang yang membenarkan!

Kita khuatir kalau dibiarkan,. penipuan yang sama akan berlaku dalam sukan SEA nanti, dimana Myanmar menjadi tuan rumah. Sebagai tuan rumah sudah pasti perlakuan-perlakuan tidak jujur boleh berlaku, semata-mata untuk mendapat kemenangan. Ayuh FAM !, tidak rugi apa-apa jika kita membuat bantahan,.  Sekiranya bantahan itu berasas dan kita memenangi protes, maka tidak mustahil Malaysia dikira berhak menggantikan Myanmar dalam pusingan akhir piala AFC 2013 nanti!.

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. Mohon buat pautan blog:

    rizuwankini.blogspot.com

    Terima kasih.

    BalasPadam