Jumaat, 20 Julai 2012

Umno Selangor & Syabas jangan tipu rakyat

Umno Selangor dengan SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) macam bapak dengan anak atau macam isi dengan kuku. Kedua-duanya saling memerlukan, dan saling membantu. Kenapa?  Sebab SYABAS dilahirkan  atas kekuasaan Umno yang memegang tampok kerajaan Selangor satu ketika dulu.Dengan lain perkataan SYABAS adalah milik kroni Umno.  

Maka sekarang ini mereka sedang berusaha keras memainkan isu air,.. kononnya air di Selangor dan Wilayah tidak  cukup!  Catuan air terpaksa dilakukan!!  Begitulah kata pembohong besar dari Selangot ini !  Tak dapat tanduk telinga dipulas,..Dah berbagai usaha mereka buat untuk melemah dan merampas kembali kerajaan Selangor.  SYABAS hilang rasa malu apabila diperguna oleh Umno dengan mengambil langkah-langkah yang tidak kena dan tidak wajar !  
 
Namun untuk tujuan politik,  Umno terpaksa menggunakan siapa saja termasuk SYABAS. Niat mereka untuk merampas kembali kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat sudah lama bersarang dikepala dan pernah pudar sedikit pun!

Apakah langkah lucu dan tidak wajar telah diambil oleh SYABAS?.  Meraka mewar-warkan berita yang mereka akan mencatu air di Selangor, KL dan Putrajaya  dengan alasan paras air di tujuh buah empangan di Selangor mengalami kesusutan. Apabila berlaku catuan air, sudah tentu rakyat akan susah!  dan rakyat akan marah,  maka kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan dipersalahkan!! kerana kononnya tak pandai menguruskan air untuk rakyatnya,.Inilah muslihat Umno dan SYABAS sebenarnya!. Dengan penipuan sebegini mereka mengharapkan rakyat Selangor akan beralih sokongan kepada UmnoBN

Kah! kah!  kah! kesian SYABAS dan Umno Selangor!   Niat dan perbuatan mereka itu hanya diketawakan oleh banyak pihak, termasuk rakyat Selangor sendiri.  Ketika ini bukan musim panas,..kemarau jauh sekali,  justeru di mana lojiknya paras air empangan semakin surut?!  Beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat pula khabarnya telah melawat ke tujuh empangan tersebut dan mendapati tidak berlaku penurunan paras air,  sebaliknya paras air penuh !   Jadi,  kepada SYABAS dan Umno!  janganlah cuba mempermain atau menipu rakyat. Perbuatan kalian sebenarnya ibarat melondehkan seluar di khalayak ramai!

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. As salam Saudara Rahimho,

    Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

    Soal isu air ni, termasuk isu-isu lain, akan jadi ISU BESAR kalau melibatkan negeri yang diperintah oleh PR. Padahal, isu sama di negeri lain disembunyikan semata2 untuk buat "diversion".

    BalasPadam