Jumaat, 27 Julai 2012

Di sebalik ucapan berbisa Najib,..


Apa jaminan peristiwa berdarah 13 Mei tidak berulang?
 
Peristiwa pertama   :  Suatu ketika dulu semasa Najib menjadi Ketua Pemuda Umno,  dan berucap dalam satu majlis “Perhimpunan Khas Pemuda Umno peringkat Kebangsaan”  di mana  Najib pernah berkata,……                   “Kita akan mandikan keris ini dengan darah orang Cina !! “  Wow ! dasyat!!,.. mungkin tujuannya untuk menaikkan semangat pemuda,  tetapi jelas,. ia amat keterlaluan !  Siapa yang berani tegur?  Tak ada siapa,  sebab pada masa itu . Pemuda Umno berlagak macam Raja, dan ada ketikanya berlagak samseng !

Peristiwa kedua   :  Rakyat tidak akan lupa ucapan berbisa Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO dua tahun  lepas bahawa UMNO akan mempertahankan kubu mereka di Putrajaya dengan berkata       "Biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa,.. Putrajaya tetap akan kita pertahankan" Maksud kenyataan ini ialah sanggup bertumpah darah atau mati.    Isy !!  isy!!  Takkan sampai macam itu sekali?. Yang nak ambil alih kerajaan pun bukan orang Singapura,  bukan orang Indonesia mahupun rakyat Thailand!,, tetapi rakyat Malaysia sendiri !  sebangsa pulak tu!   Jadi apa masaalahnya?

Kedua-dua ucapan di atas,   benar-benar keluar dari mulut seorang manusia bernama Mohd Najib bin  Abd.Razak.  Beliau sedar atau tidak, sengaja atau tidak,!  kata-katanya itu tetap merupakan ugutan kepada rakyat Malaysia khasnya orang bukan Melayu !! . Justeru,  siapa yang berani beri jaminan bahawa peristiwa berdarah 13 Mei tidak akan berulang?.  Dato’ Seri Najib sepatutnya jujur kepada diri sendiri !  Jangan paksa rakyat menyokong partinya lagi jika mereka memang tak mahu !  Mengaku dan redhalah menerima kekalahan seandainya itu berlaku dan itu kehendak rakyat!  Jangan sekali-kali mempertaruhkan “ulangan peristiwa 13 Mei”  semata-mata untuk mempertahankan kuasa !

Kepada Dato’ Seri Najib !!  Kami mencabar Dato’ Seri !  Kalau Dato’ seorang pemimpin bermaruah, bertanggung jawab,  jujur dan gentleman,…. berilah jaminan yang pertumpahan darah tidak akan berlaku jika BN tewas dalam PRU kali ini.  Peristiwa 13 Mei jangan disebut-sebut lagi.  Sanggupkah Dato’?  atau Dato’ masih berpegang dengan dua kenyataan berbisa Dato’ itu?   

Oleh : rahimothman

2 ulasan:

  1. tok jib berucap bersandarkan ilmu nafsu kalaulah ianya berimankan kitabullah keris tidak akan dicium.

    BalasPadam
  2. acah aje kau jib langsut menteri wanita yg hanya 1 d dunia ialah ahmoi jib....kah3....

    BalasPadam