Selasa, 17 Julai 2012

Kebebasan Media : Kebebasan sebenar tak wujud

TPM masih nak berbohong atau mengelirukan rakyat!
 
Dalam satu Majlis Anugerah Kewartawanan Institut Kewartawanan Malaysia kelmarin. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata,…“ Sekiranya kerajaan mengambil tindakan menyekat kebebasan media,  tidak akan wujud media yang kritikal terhadap kerajaan”  

Menurut  Muhyiddin lagi,.. dakwaan pembangkang mengatakan kerajaan menyekat kebebasan media adalah tidak berasas,  kerana kerajaan telah berikrar untuk sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan wartawan dan media terus memainkan peranan dalam proses demokrasi.
Wah, wah, lembut gigi dari lidah bila bercakap, walhal apa yang dicakap tak sama dengan apa yang berlaku!     
 
Kenyataan TPM yang mengatakan kerajaan tak sekat kebebasan media adalah pembohong besar !  Rakyat tahu bahawa Utusan, Berita harian, dan RTM adalah milik Umno/kerajaan,  bahkan TV3 dan Astro pun kerajaan nak kontrol dan cengkam sedapat mungkin!   Media-media ini hanya boleh mengeluarkan berita yang memuji kerajaan UmnBn saja!  atau berita yang mengutuk, memperlekeh dan mempersenda parti pembangkang !  Berita yang menguntungkan parti lawan / Pakatan Rakyat dilarang sama sekali.

Muhyiddin janganlah hendak berbohong, memperbodoh atau mengelirukan rakyat!  Pembangkang semakin cerdik ! Apabila pembangkang cerdik rakyat juga menjadi cerdik  Rakyat tahu, pembangkang tidak diberi peluang untuk bersuara atau memberi kenyataan di TV.  Bukankah itu merupakan sekatan terhadap pembangkang? Maka dimana lojiknya  ada kebebasan disebalik adanya sekatan??   

 Oleh : rahimothman

1 ulasan: