Rabu, 11 Julai 2012

Kesan negatif hasil dari tarbiah UmnoBn

  
Lepas satu, satu!  Terlalu banyak musibah yang menimpa umat Islam di Negara ini.  Terbaru seorang hamba Allah yang kononnya pengamal  ajaran sesat telah ditembak mati oleh polis selepas beliau naik angin dan mengamuk di sekitar Jabatan Perdana Menteri Putrajaya kelmarin.  Barangkali ini lah satu daripada cara Allah nak menunjukkan kemurkaannya,..  kerana sudah begitu lama pemimpin Islam Negara ini dilihat mempersenda dan memperlekeh agama Allah, yakni Islam.  Kemungkaran dan penderhakaan terhadap Islam dibiarkan berleluasa didepan mata.  Kita lihat di bawah ,..sekadar beberapa contoh ,…

1.   Terdapat umat Islam Melayu yang terbabas jauh dari ajaran Islam,.. ada yang mengamalkan ajaran sesat. -        2.  Remaja Islam Melayu  bergelumang dengan kehidupan bebas dan maksiat -    3. Ramai remaja Melayu  terlibat dengan dadah dan berbagai kes jenayah -    4.  Merebaknya  perbuatan rogol dan zina serta kes buang anak -        5. Tidak kurang juga umat Islam Melayu  tergelincir aqidah atau murtad -    6.  Ada kejadian kes bunuh dan bunuh diri dikalangan umat Islam   -   7. Banyak kejadian anak-anak menderhakai ibubapa.  -   8.  Terdapat ramai pemimpin Melayu bergelumang dengan rasuah ,…….. dan banyak lagi !

Kenapa semua ini berlaku?  Banyak sebab musababnya !  Diantara penyebabnya yang paling utama ialah kegagalan Umno melaksanakan dasar-dasar penting negara terutama dari sudut Islam yang seharusnya diberi keutamaan oleh pemimpin/ pemerintah!!   Antaranya,…..
A.      Dasar pemerintah/Umno yang tidak mahu  hukum Islam diamalkan sepenuhnya.
B.      Dasar pendidikan kebangsaan dan Islam tidak begitu seimbang.  
C.      Sikap Umno yang mengambil ringan atau menganaktirikan pendidikan agama.
D.      Sikap Umno yang cuba menyekat dan menghapuskan bantuan kepada Sekolah Agama.
E.      Kesalahan pemimpin Umno yang tidak mewajibkan penggunaan tulisan jawi di sekolah.
F.      Akhir-akhir ini pula terdapat pemimpin memperlekeh dan mempersenda agama dan ulamak !

Justeru, jangan kita terkejut kalau ada lagi kejadian-kejadian pelik atau musibah yang bakal mendatang. Kalau Umno mahu main-main dengan agama teruskanlah sikap kalian!!  Kepada sekalian rakyat Malaysia khasnya Melayu beragama Islam,.. ayuh! kita beri sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang dilihat ada kemampuan untuk melaksanakan syari’at Islam.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan