Tun Dr Mahathir dalam satu kenyataannya kelmarin, berasa
amat kesal kerana banyak pihak menganggap beliau seorang diktator! Dah lama Tun makan cili!,..baru sekarang
terasa pedasnya? Jarang ada orang mengaku dirinya jahat dan tak ada manusia mahu
mengaku berak tengah jalan !
Begitu juga Mahathir,
dia mati-mati tak mangaku dia adalah seorang diktator. Menurutnya, dia
tak bunuh orang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Hitler, Husni Mubarak
dan lain-lain pemimpin zalim di dunia.. Duhai Tun yang keras hati!. Seorang
diktator tak semesti kerjanya membunuh orang!! Bermacam-macam kejahatan atau kezaliman mereka
boleh buat semasa berkuasa. Tak kan Tun
dah lupa kut!, apa yang Tun pernah buat dulu!
Sekadar beberapa contoh,…memaksa sesuatu
pihak menurunkan tandatangan!, paksa orang serah atau jual tanah!, paksa rakyat jangan tentang kerajaan! Itupun diktator
juga Tun ! Merompak harta rakyat atau
kerajaan sesuka hati! tangkap rakyat yang dedahkan rahsia kecurangan kerajaan! Kuatkuasakan ISA untuk sumbat rakyat tak
berdosa kedalam kem tahanan!, menyiksa tahanan, ada yang sampai mati dan
berbagai lagi. Bukankah itu satu kezaliman yang melayakkan Tun bergelar diktator?
Tun kata Tun tak
pernah bunuh orang, tetapi kes pembunuhan berdarah di Memali bagaimana?
Walaupun ketika berlaku trajidi, Tun berada diluar Negara tetapi sebagai Pernada Menteri Tun sepatutnya
bertanggungjawab, bukan membiarkan saja timbalan Tun pada ketika itu membuat
keputusan sendiri sehingga akhirnya polis menyerang dan membunuh belasan
penduduk kampong Memali yang diketuai Ibrahim Libya seorang ulamak berpengaruh! Bukankah itu perbuatan zalim? Salah satu sifat seorang diktator ialah suka buat kezaliman! Tak kan itu pun Tun tak tahu ??
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan